Ada beberapa cadangan dan perkara yang boleh dibuat oleh ibu bapa untuk menganalisis tahap pencapaian sebenar anak-anak dalam Subjek Fizik

1) Ambil tahu markah 1, Kertas 2 & 3

Ada pelajar yang markah keseluruhannya rendah kerana keputusan Kertas 1 rendah. Ada yang berpunca dari Kertas 2. Namun, ada juga yang berpunca dari Kertas 3.

Kertas 1, jumlah markah ialah 50.

Kertas 2, jumlah markahnya ialah 100.

Kertas 3 pula, jumlah markahnya ialah 40.

Jumlah markah keseluruhan ialah 190.

 

2) Mahirkan diri menjawab Kertas 3 Fizik

Kertas 3 kertas yang senang untuk skor jika tahu caranya. Ramai pelajar kami yang berjaya mendapat 40/40. Selalu saya tekankan, Sekurang-kurangnya dapatkan markah dalam 32 markah.

Kertas 3 Fizik ada 2 bahagian. Bahagian A ada dua soalan wajib jawab (nombor 1 dan 2). Dan Bahagian B, pilih antara soalan nombor 3 dan 4.

Fokuskan pada soalan nombor 2 kerana ia melibatkan pemahaman konsep Matematik.

 

3) Utamakan soalan yang banyak markah dalam Kertas 2

Kertas 2 Fizik terbahagi kepada 3 bahagian. Bahagian A ada 8 soalan dan markah juga berbeza dan bertambah mengikut nombor soalan.

 

Soalan no 1, markahnya 4

Soalan no 2, markahnya 5

Soalan no 3, markahnya 6

Soalan no 4, markahnya 7

Soalan no 5, markahnya 8

Soalan no 6, markahnya 8

Soalan no 7, markahnya 10

Soalan no 8, markahnya 12

 

Jika anda seorang yang ambil masa untuk berfikir, fokus kepada soalan 5 hingga 8 dulu. Sebab markahnya banyak. Selain itu, waktu mula menjawab, otak masih fresh. Gunakan waktu itu untuk jawab soalan banyak markah terlebih dahulu. Empat soalan ini mewakili 38/60 dari Bahagian A. Hampir 2/3 dari markah Bahagian A.

 

4) Pilih soalan Bahagian B dan C ikut soalan yang rasanya boleh beri banyak markah

Bahagian B, menyumbang 20 markah.

Bahagian C juga menyumbang 20 markah.

(Jumlah markah Kertas 2 ialah 100.

60+20+20=100)

 

Bahagian B, perlu pilih antara soalan no 9 dan 10.

Nombor 9 adalah soalan topik Tingkatan Empat.

Nombor 10 adalah soalan topik Tingkatan Lima.

Soalan Bahagian B tidak ada soalan pengiraan.

Eseinya melibatkan soalan ubahsuai.

 

Bahagian C pula perlu pilih antara soalan 11 dan 12.

No 11 adalah soalan topik Tingkatan Empat.

No 12 pula adalah soalan topik Tingkatan Lima.

 

Soalan Bahagian C ada soalan pengiraan sebanyak 5 markah.

Esei Bahagian C melibatkan kemahiran memilih ciri-ciri yang sesuai. Maklumat akan diberi dalam bentuk gambar ataupun jadual.

Baca kedua-dua soalan sebelum pilih. Takut nanti dah jawab, baru perasan soalan yang berikutnya lebih mudah.

Dalam Kertas 2, selalunya soalan melibatkan pengiraan dalam lingkungan 16 markah dari keseluruhan 100 markah Kertas 2.

 

5) Jawab Kertas 1 soalan yang senang dahulu, yang susah tinggal

Kertas 1 adalah soalan objektif.

Jangan ambil masa yang lama menjawab soalan yang susah. Kerana soalan itu susah atau senang, untuk Kertas 1, ia menyumbang hanya 1 markah.

Soalan melibatkan pengiraan pula, selalunya tak pernah lebih dari 10 soalan dari 50 soalan Kertas 1.

Tip ini bagi mereka yang lemah. Kalau dah biasa skor 100 peratus tu, teruskan dengan cara anda.

Sumber: Facebook Ajwad Ghali

Tip lain

Fizik bukan subjek susah. Ada cara untuk skor A dalam SPM 2021. Cikgu ini kongsi rahsia

Cikgu ini dedah 10 tip hafal sifir yang paling mudah