1. JANGAN TINGGALKAN SARAPAN

Kebanyakan pelajar sering meninggalkan sarapan sama ada sengaja atau tidak.

Alasannya, sudah terlewat nak ke kelas.

Kajian mendapati amalan meninggalkan sarapan akan mempengaruhi tumpuan pelajar di dalam kelas.

Jadi, jangan sesekali tinggal sarapan lagi ya!.

2. MAKANAN SEGERA DAN PELAJAR SUKAR DIPISAHKAN

Mungkin rasa bosan makan makanan yang sama saja setiap hari, jadi pilihan yang terakhir adalah makanan segera.

Jika kamu betul-betul nak makan makanan segera, buatlah pilihan dengan bijak dengan memilih piza tanpa keju, burger saiz kecil, kentang rebus, atau potato wedges tanpa keju.

3. MAKANAN BERKALSIUM TINGGI

Tidak salah untuk mencuba makanan berkalsium tinggi.

Susu antara pembekal kalsium sangat tinggi. Kalau anda jenis yang tak suka minum susu, boleh cuba makanan lain seperti yogurt rendah lemak, keju rendah lemak, sayur-sayuran.

4. KURANGKAN BERAT BADAN

Cara paling baik mengurangkan berat badan adalah apabila anda berasa baik dan gembira melakukannya.

Jangan rasa terpaksa selain teruskan usaha, dan amalkan makanan yang seimbang.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GULA

Gula juga menyumbang kalori di dalam diet.

Oleh itu, kurangkan pengambilan gula, dan ganti dengan makanan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

6. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG

Biasanya pelajar mudah berasa mengantuk di dalam kelas.

Mungkin kerana anda berjaga malam untuk mengulangkaji pelajaran.

Apa kata bawa sebotol air ketika ke kelas.

Tubuh kamu memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari dan jika kamu rajin bersenam, badan kamu memerlukan air lebih daripada itu.

7. BERDISIPLIN

Latih diri anda supaya berdisiplin ketika makan.

Jangan makan ketika menonton televisyen atau sambil berbaring di atas katil.

Ini akan menyebabkan kamu tidak sedar akan kuantiti makanan yang kamu telah ambil.

8. JANGAN AMBIL MAYONES BERLEBIHAN

Mungkin kamu fikir makan sayuran seperti salad bersama buah-buahan dapat mengurangkan pengambilan kalori dalam pemakanan.

Dan kebanyakan kamu juga yang akan makan salad dan buah-buahan bersama pelbagai dressing seperti mayones dan 'thousand island' sebagai penambah sedap.

Tapi jika diambil dalam kadar yang banyak, kamu sebenarnya telah mengambil kalori yang mungkin sama atau lebih banyak berbanding jika kamu makan burger atau kentang goreng!

9. MASA UNTUK SNEK

Sebagai seorang pelajar, kamu mesti selalu tidur lewat sebab nak ulangkaji, siapkan kerja rumah dan sebagainya, kan?

Jadi, untuk mengelakkan kamu makan makanan yang kurang baik seperti gula-gula, burger, atau mi segera, apa kata kamu simpan snek yang lebih baik untuk dimakan seperti, bijirin, kekacang, buah-buahan segar dan kering, atau biskut bijirin penuh.

10. MAKAN UNTUK HIDUP

Makanan bukan sekadar untuk menggembirakan perut dan tekak, tetapi ia adalah salah keperluan untuk hidup.

Tetapi, makanan juga boleh memudaratkan sesetengah orang.

Jadi, kamu harus bijak memilih apa yang ingin disuapkan ke dalam mulut kamu.

Tip pemakanan lain yang pernah disiarkan di GPS Bestari.com boleh dibaca melalui link berikut:

https://www.gpsbestari.com/mobile/tip/tip-belajar/makanan-yang-baik-untuk-minda-pelajar-tapi-ramai-tak-tahu-1.722049

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/9-makanan-yang-perlu-dielak-pelajar-jika-mahu-cemerlang-dalam-pelajar-1.646005?fb_comment_id=2054318354641955_2213791778694611

https://www.gpsbestari.com/tip/tip-belajar/tiga-jenis-makanan-terbaik-bantu-pelajar-cemerlang-semua-ada-kat-dapur-mama-1.804095