Sepanjang cuti sekolah ini, tak bermakna kita terus melupakan buku, latihan dan juga kerja sekolah yang diberikan guru.

Kita boleh belajar sendiri di rumah. Tak kisah di mana kita belajar, yang penting adalah fokus.

Di sini, kami kongsikan 10 tip untuk adik-adik amalkan.

Mari baca

1) Cuba paksa jiwa dan raga serta fikiran anda untuk fokus belajar pada satu-satu subjek. Tumpukan sepenuh perhatian pada subjek yang sedang anda belajar/ulang kaji.

2) Cari tempat yang selesa dan kurang gangguan untuk belajar. Jangan tak percaya ada orang belajar atas pokok. Ikut keselesaan masing-masing.

3) Sediakan kelengkapan belajar sebelum belajar/ulangkaji. Jika anda suka minum atau kunyah ketika belajar, sediakan bahan-bahan tersebut lebih awal. Begitu juga, alat-alat tulis, buku-buku, kertas dan sebagainya.

4) Gunakan beberapa teknik pantas belajar seperti peta minda, peta buih, peta pokok dan pelbagai kaedah pantas belajar. Selain anda dapat faham dengan cepat, ia juga menjimatkan masa malah boleh belajar dengan fokus.

5) Sediakan jadual belajar. Ini bagi mengelakkan anda belajar tergesa-gesa atau study last minute ketika peperiksaan begitu hampir.

6) Anda juga perlu membuat perancangan lebih rapi dengan membahagikan setiap topik dan juga sub topik pada satu-satu subjek. Perkara ini akan lebih mudah anda ingat untuk jangka masa yang lama.

7) Selain itu, melatih diri untuk fokus pada satu perkara dalam satu masa. Jangan cuba belajar lebih dari satu subjek dalam masa yang sama. Habiskan dulu satu persatu kemudian beralih kepada subjek yang lain.

8) Sekiranya anda mengulang kaji atau menjawab contoh soalan-soalan peperiksaan, ia perlu dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik mata pelajaran atau kertas lain. Sebagai contoh, soalan peperiksaan Matematik mempunyai dua kertas. Habiskan Kertas 1 dengan sempurna dahulu kemudian baru beralih kepada Kertas 2.

9) Setkan masa belajar. Sebagai contoh, setkan masa 60 minit untuk sub topik Sains. Jadi, anda perlu kejar masa dan juga pemahaman sendiri dalam tempoh 60 minit untuk memahami sub topik tersebut.

10) Switch off segala gajet atau bahan-bahan yang mengganggu waktu belajar. Ini boleh membantu anda lebih fokus dan tidak diganggu ketika belajar.

Artikel menarik

Puisi rakyatnya punya jiwa, tulisannya juga tajam,... siapa sangka dia rupanya murid darjah lima

Panduan membeli buku latihan anak sempena cuti sekolah, cikgu ini bagi tip mudah berkesan