PUNCA UTAMA murid gagal atau dapat markah rendah dalam peperiksaan adalah disebabkan asas mereka lemah.

Di sini saya kongsikan nota asas yang SEPATUTNYA murid dah kuasai bila melangkah ke Tahap 2 khususnya Tahun 6.

SANGAT RUGI jika anak-anak belum kuasai asas penting ini. Jemput lihat perkongsian 11 nota aku malam ini ya!

 

PERTAMA

Topik paling awal murid belajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 ialah Nombor dan Operasi. Asas yang perlu anak-anak kuasai dalam topik ini ialah :

1) Nilai Tempat

2) Nilai Digit

3) Cerakin

4) Pembundaran

 

 

 

KEDUA

Operasi asas dan penyelesaian masalah. Dalam topik ini anak-anak kena tahu asas :

1) Nombor Genap

2) Nombor Ganjil

3) Nombor Perdana

4) Tambah, tolak, darab dan bahagi

5) Aturan kepentingan operasi

6) Kata kunci soalan penyelesaian masalah.

Jika ada operasi bercampur, hendaklah selesaikan operasi berdasarkan urutan berikut :-

1) Kurungan = ( )

2) Bahagi/Darab (Operasi mana di depan, ia didahulukan)

3) Tambah/Tolak (Operasi mana di depan, ia didahulukan)

 

KETIGA

Perpuluhan juta dan pecahan juta (Tahun 6). Soalan ini kerap keluar dalam peperiksaan termasuk peperiksaan sebenar UPSR.

Anak-anak perlu tahu asas menukarkan perpuluhan juta kepada nombor bulat atau pecahan juta dan sebaliknya.

 

KEEMPAT

Asas PECAHAN adalah salah satu topik yang WAJIB anak-anak KUASAI. Topik ini memerlukan anak-anak kuasai :

1) Pecahan Wajar

2) Pecahan Tidak Wajar

3) Pecahan Bercampur

4) Pecahan Setara

5) Pecahan Termudah

6) Penukaran Pecahan Kepada Nombor Perpuluhan dan Sebaliknya.

Sudahkah anak-anak kuasai topik pecahan? Jika belum, asah segera!

RALAT :

Gambar kelima, topik PECAHAN sepatutnya point ketiga ialah Pecahan Bercampur. Saya tersilap ulang point Pecahan Tidak Wajar sebanyak dua kali.

Maafkan atas khilaf dari diri saya yang tak sempurna ini.

 

KELIMA

Perpuluhan. Ia merupakan topik 'ringan' dan ramai murid cepat faham serta kuasai.

 

KEENAM

Peratus merupakan topik kerap masuk dalam peperiksaan. Hampir setiap kali ujian, soalan peratus mesti ada.

Persiapan anak-anak dengan asas peratus ya! Boleh rujuk nota yang saya sediakan.

 

KETUJUH

Soalan topik Wang biasanya murid dapat kuasai bila mereka faham dan kuasai topik perpuluhan.

 

KELAPAN

Topik masa dan waktu. Topik ini kerap memerangkap murid terutama berkenaan dengan soalan jarak masa atau tempoh masa. Tambah-tambah bila tempoh masa yang ditanya itu melibatkan tempoh tamat berlainan hari dan bulan.

Kena sentiasa buat latihan berdasarkan latihan topikal. Satu-satu topik itu pulun sampai beratus-ratus soalan, InsyaAllah anak akan cepat power dalam Matematik.

Matematik perlukan latih tubi yang banyak. Makin banyak latih tubi, makin cepat anak-anak ingat dan kuasai sesuatu topik.

Atau boleh terus join channel Telegram saya t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik dan Isu Pendidikan Semasa.

Jangan biarkan nota penting ini kalian sahaja simpan.

Sebarkan pada kawan-kawan lain yang punya anak di Tahap 2 khususnya ya.

Sama-sama kita lahirkan masyarakat bijak Matematik.


Sumber: Mohd Fadli Salleh III

#MFS

- Berkongsi yang banyak, tidak menyorok yang sedikit. Itulah guru -