Tidak lama lagi, calon SPM dan STPM akan menduduki peperiksaan. Mungkin ada di antara anda, sudahpun membuat persediaan menjelang peperiksaan besar itu nanti.  

Jangan stress dan runsing, semoga 20 tip berikut dapat membantu anda membuat persediaan rapi sebelum peperiksaan.

1.Periksa tajuk pelajaran yang belum calon kuasai.

2.Tanya diri anda, adakah anda sudah kuasai mata pelajaran yang dipelajari selama ini?

3. Kenal pasti tajuk yang sering gagal setiap kali ujian dan peperiksaan.

4. Lakukan ulangkaji secara berkumpulan.

5. Ulangkaji nota pelajaran secara menyeluruh.

6. Buat latihan secara kerap.

7. Tingkatkan bilangan jam belajar, sekarang bukan masa untuk leka dan cuai masa yang berbaki.

8. Lakukan kuiz bersama rakan sekelas, berkenaan subjek yang belum anda kuasai sepenuhnya.

9. Susun masa dengan baik, rancang jadual belajar.

10. Jaga kesihatan diri, untuk elak calon hilang fokus dalam pelajaran.

11. Jangan lakukan aktiviti lasak, untuk elakkan kecederaan berlaku.

12. Makan makanan berkhasiat dan minum lebih air kosong.

13. Lakukan ulangkaji sekerap mungkin, soalan yang sentiasa gagal dijawab ketika ujian.

14. Dapatkan kemaafan dan restu ibu ayah.

15. Banyakkan berzikir dan solat tepati waktu.

16. Banyakkan berdoa, moga ALLAH SWT kabulkan doa dan melapangkan dada.

17. Jangan terlalu stress dengan soalan yang bakal dijawab, tawakal.

18. Elakkan berfikiran negatif.