GURU Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Muda, Alor Biak, Kubang Pasu, Kedah, Cikgu Ahmad Fairuz Mohamad berkongsi 31 ejaan betul untuk pengetahuan guru dan pelajar serta masyarakat di Malaysia.

Ikuti contoh-contoh ejaan yang dikongsi oleh guru yang berpengalaman mengajar selama 11 tahun ini.

1) Kelkatu (salah)

    Kelekatu (betul) 

 

2) Protin (salah)

    Protein (betul)

 

3) Paspot (salah)

    Pasport (betul)

 

4) Losyen (salah)

    Losen   (betul)

 

5) Komersil (salah)

    Komersial (betul)

 

6) Ekspot (salah)

    Eksport (betul)

 

7) Ekslusif (salah)

    Eksklusif (betul)

 

8) InsyaAllah (salah)

    Insya-Allah (betul)

 

9) Temu janji (salah)

    Janji temu (betul)

 

10) Bathil (salah)

      Batil    (betul)

 

11) Cop nama (salah)

      Cap nama (betul)

 

12) Di-raja (salah)

      Diraja (betul)

 

13) Yang di-Pertuan Agung (salah)

       Yang di-Pertuan Agong (betul)

 

14) Dailog (salah)

      Dialog (betul)

 

15) Kelendar (salah)

      Kalendar (betul)

 

16) Resepi (salah)

      Resipi (betul)

 

17) Spagheti (salah)

      Spageti (betul)

 

18) Aturcara (salah)

      Atur cara (betul)

 

19) Idil fitri (salah)

      Aidilfitri (betul)

 

20) Ekspot (salah)

      Eksport (betul)

 

21) Bistari (salah)

      Bestari (betul)

 

22) Bowling (salah)

      Boling (betul)

 

23) Aturcara (salah)

      Atur cara (betul)

 

24) Respon (salah)

      Respons (betul)

 

25) Analisa (salah)

      Analisis (betul)

 

26) Tips (salah)

      Tip (betul)

 

27) Chef (salah)

      Cef   (betul)

 

28) Mertua (salah)

      Mentua (betul)

 

29) Khutbhah (salah)

      Khutbah    (betul)

 

30) Sunnah (salah)

      Sunah   (betul)

 

31) Roti prata (salah)

      Roti perata (betul)

Sumber: Facebook Cikgu Fairuz

Tip penting:

Guru Cemerlang aplikasikan tujuh tip ini untuk tarik pelajar 'lemah' minat Matematik. Memang menjadi

'Belajar secara online pun kena juga jaga adab' - Ini pesan Cikgu Jumat kepada pelajar

Cikgu Asraf dedah lima tip, bagaimana ibu bapa boleh bantu anak buat karangan