Ramai yang bertanyakan tentang topik Abakus ini. Ada yang boleh skor dan ada yang tidak.

Sebagai permulaan, murid-murid perlu faham apa itu Abakus.

Abakus ialah suatu alat komunikasi bermanik yang digunakan untuk mengira. Abakus juga merupakan suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik. Abakus juga boleh digunakan untuk membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan.

Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang topik ini, mari ikuti cara yang ditunjukkan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh (MFS) iaitu Guru Matematik SK (1) Gombak

Katanya, ada lima point penting yang mesti murid tahu. Jom kita tengok.

1) Manik di bawah nilainya satu, satu.

2) Manik di atas nilainya lima.

3) Abakus hanya ada nilai bila manik mendekati bim (palang tengah)

4) Lajur paling kanan disusun berdasarkan Nilai Tempat yakni dari Sa, Puluh, Ratus, Ribu, Puluh Ribu, Ratus Ribu, Juta dan Puluh Juta.

5) Sekiranya menulis nilai wang menggunakan abakus, dua lajur paling kanan merupakan tempat untuk sen. (Lajur Sa dan Puluh) Lajur ke tiga dan seterusnya baru untuk ringgit (sa), puluh ringgit dan seterusnya.

Rujuk sahaja bacaan pada nota ini. Mudahkan?

Harap anak-anak kuasailah nota mudah ini.

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh

Artikel menarik

Mak ayah, ini cara mudah bantu anak Tahun Satu membaca. Mereka pasti seronok!

Kehidupan Cikgu Huzaire berubah pada 14 Disember 1999. Tak sangka ini yang berlaku. Sebak!