KERTAS Matematik SPM 2019 bakal berlangsung pada 7 November ini.

Walaupun debaran kian terasa, persediaan yang baik mampu menampakkan keputusan yang cemerlang untuk subjek berkenaan.

Tutor dan penceramah Matematik/Addmath sekolah menengah, Cikgu Mohamad Redzwan Azizan berkongsi tip skor bagi kertas Matematik SPM 2019.

Ini kongsinya.

**********

Sebelum peperiksaan

1) Pemarkahan

Saya mulakan ulasan dengan pembahagian markah. Berbanding Matematik Tambahan, Matematik Moden SPM terdiri daripada 40 markah Kertas 1 dan 100 Markah Kertas 2. Jumlah markah per 140 itu yang dijadikan peratus. Pada hemat saya, pelajar digalakkan skor dengan baik pada Kertas 2 untuk mendapat gred yang baik. Buat la banyak latihan topik-topik lazim Kertas 2 dan pelajar akan bermotivasi nanti!

Antara topik-topik lazim/rutin Kertas 2:

- Set

- Persamaan kuadratik

- Persamaan Serentak (kaedah penghapusan)

- Persamaan Serentak (kaedah matriks)

- Penaakulan Matematik

- Garis lurus

- Statistik

- Bulatan

- Pelan & Dongakan

- Sudut antara garis-satah dan satah-satah

(buat 10 x bagi setiap topik tentu kalian master)

2. Buat 5 hingga 6 set kertas percubaan negeri & soalan SPM sebenar tahun 2017 & 2018

Galakkan pelajar untuk membuat banyak kertas percubaan negeri dan SPM sebenar. Dalam kelas pecutan akhir saya, saya bimbing pelajar menjawab mengikut topik. Hasilnya pelajar dapat mengenal pasti cara nak ‘tackle’ soalan topik tersebut dan mengetahui trend soalan semasa. Ada pelbagai cara soalan boleh tanya nanti.

3. Kemahiran mengguna kalkulator

Walaupun banyak kali diingatkan banyak fungsi kalkulator, pelajar masih belum menguasai semaksima mungkin.

Contohnya dlm soalan graf, Jika hendak membina jadual, pelajar boleh mendapat nilai y dgn cepat mengguna kalkulator. (lihat gambar)

4. Formula

Jika pelajar tenang dan peka, mereka sebenarnya dibekalkan dengan semua formula yang diperlukan untuk soalan isipadu, matriks, kebarangkalian, statistik, garis lurus, bulatan dan sebagainya.

5. Latih diri berfikir & set dalam mind soalan tricky

Jika pelajar dah tahu yang banyak soalan Math Mod bukan lagi rutin, cuba semat

“oh yang ini kena buat step by step ni”

“mesti ada something dia nak bagitau dari maklumat/nombor yg diberi”

6. Bina ayat Matematik/ekstrak maklumat dari soalan

Dalam soalan versi baharu sekarang ini, antara yang cuba dicungkil adalah kemahiran membina ayat matematik dan mengeluarkan maklumat dari soalan dan situasi yg diberi. Untuk mahir, pelajar perlu dibimbing terlebih dahulu oleh guru sebelum perlahan lahan bina sendiri ayat Matematik setelah mereka terbiasa dan faham.

7. Elakkan menghafal akronim/step math

Bila dekat nak exam dan kita galakkan pelajar hafal, mereka tentu panik kerana banyak perlu dihafal.

- Matematik bukan perlu dihafal, tetapi faham konsep dan selesaikan

- Lebih banyak kita MENGHAFAL, lebih banyak kita LUPA, lebih-lebih lagi setelah penat mengharungi musim peperiksaan

Saya pernah blank semasa exam Math di Uni dulu dan kerana MENGHAFAL saya langsung lupa dan tidak dapat menjawab.

Semasa peperiksaan

1. Jawab dengan cermat lancar dan tenang

Selalu kita dengar kan orang tenang selalu MENANG. Insya-Allah pelajar telah membuat latihan secukupnya. Kini tinggal menulis idea dan menyusun strategi untuk menjawab.

2. Senaraikan semua jalan kerja perlu dengan jelas

Apa jua terlintas sebagai jalan kerja yang diperlukan untuk selesaikan soalan itu, pelajar disaran menulisnya dengan jelas.

3. Cuba jawab, buat sehabis baik

Selalu saya nasihatkan pelajar, buat Math ni kena aggresif. Buat habis-habisan, juang habis-habisan agar puas waktu keluar dewan nanti.

SEMOGA BERJAYA SEMUA CALON SPM 2019. TRY YOUR VERY BEST.

Sumber: Facebook Redzwan Azizan

Tip Menarik:

Ini petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa peperiksaan Fizik, 27 November nanti

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai

Cikgu Tan kongsi teknik TKS, menulis esei 'Pendahuluan' mantap subjek Bahasa Melayu SPM

Guru Cemerlang kongsi empat tip mudah skor subjek Matematik SPM