INI permainan yang saya selalu main dengan anak dalam kereta untuk elak mengantuk disamping dapat meransang minat anak dalam Matematik.

1. Main tambah-tambah no plate kenderaan kat depan. Ni sangat seronok. Apa sahaja nombor plate kenderaan kat depan, saya suruh anak tambah. Contohnya plate kereta depan = WVD 8569

8+5+6+9 = 28

2. Untuk lebih mencabar, suruh mereka darab pula nombor plate kenderaan depan. Lagi mencabar. 😁

3. Hafalan sifir. Masa ni anak-anak tak boleh lari dah. Haha. Wajib baca. Mula dengan sifir dua kemudian makin menaik ikut aras mereka.

4. Sebut masa (jam) dengan betul berdasarkan jam kat paparan kereta. Tukar pula dalam sistem 24jam.

Contohnya 14:25 = 2:25pm

5. Tambah semua angka jam. Contohnya waktu sekarang ialah 09:55

0 + 9 + 5 + 5 = 19

6. Untuk lebih mencabar, darablah. Apa lagi. 😁

7. Tambah semua angkat kat frekuensi radio. Ni pun best. Sebab ada berpuluh-puluh channel radio yang punyai frekuensi berbeza.

8. Darab setiap angka frekuensi radio. Contohnya 9.29 = 9 x 2 x 9 = 162

9. Bundarkan nombor plate kenderaan di depan kepada puluh, ratus atau ribu terdekat. Best!

Boleh juga bundarkan masa, bundarkan frekuensi radio dan sebagainya.

 

Cubalah ya!

 

+++

MOHD FADLI SALLEH

#MFS

- Kongsi tips mudah -