Ramai mak ayah yang stres bila anak-anak masih belum berjaya urus masa di rumah, terutamanya masa belajar ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Bukan kata ulang kaji, nak buat kerja rumah pun susah!

Tambah-tambah lagi bila zaman siber ni. Masa banyak habis pada TV, video games dan gajet! Memang cukup besar cabaran ibu bapa sekarang ini kan.

Nak tahu macam mana nak buat jadual belajar untuk anak-anak dengan lebih berkesan? Baca ni…

1) Kenal pasti kemampuan anak-anak. Kaji kelebihan dan kelemahan mereka dari sudut penguasaan mata pelajaran melalui keputusan peperiksaan bulanan di sekolah sebelum ini.

2) Beri tumpuan yang lebih pada mata pelajaran teras (BM, BI, Matematik & Sains) terutamanya mata pelajaran yang masih belum dikuasai.

3) Hadkan setiap sesi pembelajaran atau latihan kepada setengah jam diselangi waktu rehat selama 15 minit bagi untuk memori yang lebih kuat (dan bagi mengelakkan keletihan otak).

4) Fokuskan mata pelajaran yang melibatkan pengiraan dan formula seperti Matematik, Fizik dan subjek yang berkaitan dengannya pada sebelah petang bagi mengelakkan mengantuk.

5) Mata pelajaran Sastera dan teori yang lebih santai boleh buat ulang kaji pada waktu malam.

6) Luangkan masa untuk bersukan dan beriadah selama 45 minit – 1 jam pada waktu petang. Elakkan aktiviti yang ekstrem supaya tidak terlalu keletihan untuk sesi ulang kaji pada waktu malam.

7) Amalkan solat fardu tepat pada waktunya untuk fadilat kelapangan masa yang luar biasa! Banyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran selepas solat sebagai terapi jiwa dan minda.

8) Bangun pagi lebih awal sebelum waktu Subuh untuk menunaikan solat sunat (tahajud, taubat dan hajat) dan menghafal mata pelajaran yang melibatkan fakta.

Ini adalah contoh pembahagian aktiviti seharian dan masa belajar yang boleh dijadikan panduan semua.

Dengan cara ini, ini ibu bapa boleh pantau perkembangan anak-anak dengan lebih baik lagi.  

Semoga manfaat.  

Sumber: Portal NsN Islamic

Artikel menarik

5 nota penting topik Abakus, murid-murid perlu fahami

Lima kebaikan belajar berkumpulan. Mohon patuhi SOP