Minda yang cerdas bermula daripada badan yang sihat. Oleh itu jika pelajar mahu mudah faham dan boleh fokus serta mempunyai daya ingatan yang tinggi, sembilan jenis makanan ini
perlu elak.

1. Minuman bergas

Seperti yang kita semua tahu, minuman bergas adalah sejuk, segar, manis dan boleh menyebabkan ketagihan. Kebanyakan minuman bergas mengandungi kandungan kafein yang tinggi.

Pelajar yang kerap mengambil minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar mencetuskan kebergantungan dan ketagih terhadap air bergas.

Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai khasiat. Oleh itu, ia perlu dibuang jauh-jauh daripada diet harian pelajar. Tambahkan pengambilan air, teh serta jus buah-buahan jika kamu memerlukan gula.

2. Minuman kedai kopi

Seperti minuman bergas, sesetengah pelajar yang suka mengambil minuman yang ada kafein mungkin memenuhi keperluan mereka dengan minum kopi. Sama ada kopi ‘O’ atau kopi susu rendah kalori.

Kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi krimer, gula dan penambah perisa yang lain.

Oleh it, jika pelajar memerlukan kafein, pesan kopi ‘O’, tanpa menambah susu, krimer atau gula.

3.Produk kaya tepung

Pelajar patut mengelakkan roti putih dan produk mengandungi tepung yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan tepung tersebut telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat penting.

Sebaliknya untuk langkah yang lebih bijak, pelajar bolehlah membeli roti penuh gandum dan pasta.

4.Roti, kek dan pastri

Roti keju yang besar dan muffin bersaiz penumbuk bukanlah pilihan bijak untuk diet harian. Saiz makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan pelajar. Kebanyakan makanan ini mengandungi tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu tinggi.

Jika kamu membaca label makanan, pastikan kamu memeriksa sama ada makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan daripada marjerin atau tidak.

Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut.

Sesetengah pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang lemak. Jika kamu ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.

5.Makanan dan minuman pek segera

Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan dan minuman segera. Makanan dan minuman jenis ini yang paling banyak dibeli oleh kebanyakan kita disebabkan jadual harian yang padat.

Oleh itu, kamu memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.

Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Tetapi adakah kamu tahu bahawa kebanyakan makanan segera ini mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi?

Manakala minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan krimer yang tinggi? Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, kamu tidak boleh mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan.

Pengambilan makanan dan minuman jenis ini boleh memudaratkan tubuh badan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, kamu perlu tahu mengawal makanan dan minuman seperti ini atau lebih baik cuba elak kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori tinggi.

6.Makanan dalam tin

Kebanyakan makanan dalam tin mengandungi penambah perisa dan garam yang sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan harian kamu.

7.Makanan goreng

Setiap makanan goreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu atau makanan digoreng dengan mentega atau telur yang banyak.

Oleh itu, kamu perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng. Jika sesekali teringin makan makanan bergoreng, kamu bolehlah menggoreng sendiri makanan tersebut supaya boleh memilih minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resipi.

8.Makanan segera

Siapa yang tidak suka burger dan kentang goreng bukan? Memang sedap, tapi kamuk perlu mengelakkan makanan segera daripada diet harian.

Kebanyakan makanan segera ini digoreng di dalam minyak dan jarang mempunyai vitamin serta mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan makanan segera kepada satu hingga dua kali sahaja setiap bulan.

9.Snek buah

Kenapa kamu makan snek buah pada hal anda boleh makan buah yang sebenar? Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek seperti ini juga mengandungi gula dan perisa tambahan.

Pilihlah buah semula jadi dan segar daripada buah-buahan yang diproses seperti ini.

Sumber: Sihat Maskulin Sinar Harian