IBU bapa mohon hadam perkongsian cikgu persis Korea ini yang juga guru Matematik Sekolah Kebangsaan (SK) (1) Gombak, Mohd Fadli Salleh ini.

+++

Ada anak sekolah rendah? Matematik mereka merosot teruk? Dengar nasihat aku.

1. BERHENTI merungut kata silibus tinggi dan susah.

2. BERHENTI mengecam menyindir kata silibus yang digubal terlampau tinggi aras hingga anak tak boleh ikut.

3. Silibus telah digubal. Buku teks telah keluar. Tiada apa yang boleh kita ubah.

4. Matematik menjadi killer subjek zaman sekarang. Tidak seperti dulu kala, dalam kelas hampir semua dapat A. Seorang dua sahaja yang dapat B.

5. Zaman la ni, hampir separuh kelas gagal. Yang lulus pun cukup-cukup makan sahaja. Yang cemerlang, dapat A, markah lebih 90 hanya terpencil. Sehingga ada yang bertanya,

"Adakah silibus yang digubal hanya untuk segelintir murid pandai sahaja?"

6. Persoalan itu aku tak boleh jawab. Bukan aku yang gubal silibus. Cuma aku boleh berkata begini;

7. Silibus perlu berubah mengikut peredaran zaman. Negara kita (kebelakangan ini) mengubah silibus setiap 6 tahun.

8. Perubahan ini perlu kerana zaman sangat banyak berubah berbanding dulu. Zaman sekarang teknologi sangat pesat, zaman robot mula ambil alih tugas manusia.

9. Dan silibus Matematik turut menerima kesan. Makin tinggi. Makin sukar. Makin padat. Makin KBAT.

10. Cuma kelemahan negara kita, yang dimajukan hanya silibus. Tapi fasiliti masih ditakuk 80an lagi. Sekelas masih ada sekolah yang punya murid lebih 40 orang, bahkan ada yang lebih 50 orang. Dah macamana nak mengajar dengan baik sedangkan negara maju muridnya 20 orang sekelas.

11. Kerusi meja banyak dah uzur. LCD pun ramai guru yang beli sendiri. Printer kertas pun cikgu yang kena beli sendiri. Nak pembantu guru untuk setiap kelas macam negara maju? Bagai mimpi sahaja.

12. Guru-guru tidak diberi pendedahan yang cukup untuk menerima perubahan demi perubahan yang berlaku secara mendadak. Tiada kesediaan di peringkat akar umbi. Tiada lagi kursus secara mendalam seperti zaman dulu kala.

13. Kajian dibuat bila mana subjek Matematik negara kita merosot. Rupanya selain faktor fasiliti, kelas yang padat, pendedahan pada guru kurang, masa mengajar Matematik di negara kita rupanya TIDAK MENCAPAI TAHAP MINIMA seperti negara lain.

14. Silibus sahaja makin tinggi, makin sukar, makin padat sedangkan benda lain tidak dimajukan sama menyebabkan Matematik menjadi killer subjek.

15. Umpamanya meletak enjin Ferrari dalam kereta Kancil. Suspension, tayar, stereng, body, brake semua masih Kancil, hanya enjin sahaja Ferrari mana maunya kereta itu pergi. Silap-silap enjin tercabut dari body.

Jadi apa kita kena buat?

16. Merungut tak mampu menghentikan perubahan. Tidak akan menjadikan silibus itu tiba-tiba jadi mudah. Tidak akan menjadikan kelas anak kita tiba-tiba mengecil dan punya 20 murid siap pembantu guru, siap pencetak, siap kondisi yang sangat selesa.

17. Menyindir dan mengecam silibus juga tidak membuatkan masa belajar Matematik anak kita dari 2jam setengah setiap minggu menjadi 20 jam seminggu bagai di China.

18. Kita ibubapa kena mula menyokong anak-anak kita. Ajar mereka di rumah. Hantar mereka tuisyen jika mampu.

19. Jika tidak mampu mengajar topik yang susah, paling tidak cuba usahakan agar anak kuasai basic dalam Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Paksa juga anak hafal sifir kerana sifir adalah jantung Matematik.

20. Join page pendidikan di Fb, Telegram dan follow guru-guru yang selalu berkongsi bahan dan tips belajar dan mengajar. Subscribe juga channels YouTube dari guru-guru yang berkongsi ilmu secara percuma.

21. Antara channel Telegram untuk Matematik sekolah-sekolah rendah, boleh join channel Telegram saya di link ini :

t.me/MohdFadliSalleh

Okeh. Cukup dulu 21 point tentang silibus baru dan isu pendidikan semasa negara kita. Jumpa lagi dilain masa ya!

Nota kaki :- Ini adalah pendapat peribadi penulis. Tidak mewakili sekolah, jabatan jauh sekali KPM itu sendiri.

#MFS

Artikel lain:

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan

Jauhi aura negatif di tempat kerja, guru ini dedah tiga tip yang boleh anda cuba...

Cikgu boleh amal tujuh tip ini untuk jadi guru yang disukai pelajar