Anda mempunyai anak tahun satu yang belum pandai membaca?

Tak mengapa, jangan terlalu bimbang, tengok 9 langkah seorang ibu ini membantu anaknya belajar membaca dalam masa tak sampai dua bulan.

"Mungkin orang lain ada cara lain. Tapi ni cara saya ajar anak saya. Alhamdulilah tak sampai dua bulan anak saya dah boleh baca walaupun masih merangkak-rangkak dan belum lancar sepenuhnya. Tapi saya kira ini satu kejayaan buat anak saya dan buat saya jugak.

1) Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu saya silap tau. saya ajar anak guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar anak guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.

2) Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar. Dulu masa saya ajar anak berjam, memang nampak mukanya stress. Bila ajar dalam 5-7 minit memang nampak anak happy je nak belajar.

3) Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress, mama pun sama stress nanti bila ajar anak. Masa mula-mula ajar anak saya asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan. Pastu terus tukar cara mengajar. Saya control tahap kemarahan. Sentiasa cool je. Bila anak tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah...

4) Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata 'Na'. Na Na Na Na sambil menyanyi.

5) Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh 'Su' tu kita kaitkan dengan 'botol susu'. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita.

6) Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Anak kita paling suka kita puji dia. Kalau saya tepuk tangan, anak pun tepuk tangan sekali.

7) Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : 'Itu huruf apa? Cuba eja dan baca? ingat tak? So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang saya tengah masak kat dapur pun, saya curi masa untuk dia mengeja.

8) Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Contohnya, hadiah permainan, tengok wayang, ais krim dan apa sajalah yang anak suka.Kita boleh cakap kat anak, kalau rajin lagi belajar, nanti mama belanja lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya. Memang nampaklah anak lebih bersemangat.

9) Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.

***Kalau korang ada cara pantas belajar membaca boleh kongsi dengan kami.

 

 

 

 

Sumber: Disunting dan diolah dari Blog Nurul Jamian