Selalu kita dengar, anak anak tak suka Matematik.

Result teruk sangat.

Buat apa pun tak faham.

Tapi ada cara untuk tackle masalah ni, tiba-tiba benci bertukar suka.

Saya bagi contoh.

Anak anda Darjah Empat.

Tapi bila ajar Matematik, langsung tak faham. Bagi latihan pun tak boleh buat. Exam result gagal atau teruk.

Nak tahu kenapa?

Sebenarnya asas mereka sangat lemah.

Ramai buat silap, bila anak Tahun Empat lemah Matematik, mereka beli buku latihan Matematik Tahun Empat. Mereka terus-menerus suruh anak belajar yang Tahun Empat punya.

Tapi tak ramai perasan, rupanya tambah tolak anak tersebut pun tak lancar lagi. Apatah lagi sifir, memang tak hafal. Bahagi pun tak boleh buat.

Hantar tuisyen Tahun Empat pun, tetap diajar silibus Tahun Empat. Tetap tak dapat. Nanti ada yang salahkan tuisyen.

Sebenarnya anak kita tu dah ketinggalan banyak benda asas.

Cara nak tackle senang je.

Kita patah balik.

Tapi ni perlu usaha dan kerjasama parents.

Sekolah tak boleh buat sebab sekolah memang kena ajar ikut silibus.

Tanggungjawab ibu bapa kenal pasti kelemahan anak.

Dan jatuhkan ego.

Jangan rasa anak dah besar, tak perlu belajar asas.

Salah sebenarnya.

Jika mereka lemah sangat Matematik, patah balik ke belakang.

Kalau saya, bagi semula latihan Tahun Satu.

Nanti anda akan nampak tahap anak anda.

Jika ok, bagus, teruskan masuk Tahun Dua punya latihan.

Jika ada bahagian lemah, itu yang anda kena bantu.

Ajar semula.

Bagi latihan lebih kurang sama berulang-ulang.

Masa ni mereka rasa, eh senanglah Matematik ni.

Terus mereka bersemangat.

Insya-Allah dah kuasai asas, barulah senang mereka ikut silibus ikut umur mereka tu.

Semua pelajar ada potensi cemerlang.

Hanya kita perlu kenal dan cungkil minat mereka.

Dekati mereka, berada dalam kasut mereka.

Jangan putus asa kalau mereka tak suka Matematik.

Kita pun kalau tak faham, bukan sebab tak pandai, cuma ada benda kita terlepas.

Perkongsian ikhlas

Cikgu Shaza

Sumber: Facebook Nurul Shazalina Zainudin

Tip menarik

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh

Cikgu Azlan kongsi tip mudah bina carta pai subjek Geografi