Lepas baca...lupa...

Lepas baca...lupa lagi...

Belajar...tak faham...

Lepas belajar...masih tak faham lagi...

Apa kata cuba tujuh tip agar tidak mudah lupa dan mudah faham topik yang guru ajar...

1) Abaikan semua yang lain

Apabila cikgu mula mengajar sahaja, hentikan semua perkara yang lain. Berhenti mencari buku, berhenti mengasah pensil, berhenti menyuruh orang diam dan berhenti dari melakukan apa-apa yang lain selain daripada memberi 100% tumpuan kepada penerangan guru. Ini adalah RAHSIA yang paling besar jika mahu mencari pelajar yang cemerlang.

2) Teka, apa cikgu mahu ajar

Sebelum guru mahu mengajar sesuatu topik, tanya di dalam minda kita;

Topik hari ini berkenaan apa?

Apakah yang penting di dalam topik ini?

Topik ini ada kaitan atau tidak dengan topik sebelum ini?

Lebih banyak soalan di dalam minda kita. LEBIH BAGUS.

3) Conteng kertas kosong

Semasa guru mengajar, jika ada soalan keluar di dalam minda kita mengenai apa yang kita tidak faham, conteng di atas kertas kosong. Apa yang faham semasa guru mengajar, contengkan juga.

4) Bayangkan apa yang guru sedang ajar

Jika kita TIDAK BAYANGKAN apa yang guru sedang ajar, kita akan terbayangkan perkara yang lain pula. Membayangkan perkara selain daripada apa yang guru sedang ajar inilah yang dinamakan berangan-angan atau khayal di dalam kelas.

Bayangkan dapat melihat apa yang guru sedang terangkan dan apa yang guru sedang ceritakan.

5) Cepat-cepat buat latihan

Soalan-soalan daripada latihan boleh menentukan sama ada kita faham atau tidak. Lebih banyak kita faham, lebih banyak kita akan INGAT. Apabila terjumpa soalan yang tidak dapat dijawab atau kita tidak faham, tuliskan soalan di atas kertas untuk ditanyakan kepada guru kita.

6) Minta bantuan guru setelah mencuba

Ada pelajar bertanya kepada guru sebelum dia cuba menjawab soalan dengan bersungguh-sungguh. Ini menyebabkan mudah lupa. Buat dahulu, fikir dahulu dengan bersungguh-sungguh, kemudian baru bertanya.

7) Baca semula apa yang cikgu ajar sebelum 48 jam

Kajian saintis mengatakan bahawa jika pelajar belajar 10 perkara hari ini, mereka akan lupa sembila daripadanya selepas dua hari. Cara mengatasinya ialah selepas belajar satu topik baru, sebelum dua hari berakhir, baca semula atau ulang kaji semula. Kita akan lebih mudah ingat dan pasti tidak mudah lupa.

Sumber: Blog Sarfaeiz

Artikel menarik:

'Ni tandas sekolah ke tandas hotel?' - Patutlah terpilih ke peringkat kebangsaan, tahniah SMKA Miri

Kejutan yang tak disangka. Dua guru kongsi kisah menarik dapat pengiktirafan antarabangsa

Covid-19 boleh bertahan pada kulit selama empat hari