Setiap pelajar tentunya mengimpikan kejayaan dan kecemerlangan membanggakan dalam pelajaran.

Kadangkala kita sudah berusaha sehabis baik namun masih juga gagal untuk mencapai segala yang diharapkan.

Ikon Inspirasi Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah (Negeri Pahang) 2020, Cikgu Mohd Ropizam Mohamad Zainun berkongsi sembilan rahsia tersembunyi yang dimiliki oleh ramai pelajar cemerlang.
 

1) Kerap berasa kurang berdoa, jadilah seperti Si Pendulang Emas

Saat berdoa, jadilah seperti Si Pendulang Emas. Pendulang emas kerjanya sangat teliti dan fokus walau habuk halus emas bercampur di dalam pasir dan sisa. Namun tetap teliti memilih habuk emas yang kecil lagi seni, demi mencapai emas sebenar. Begitulah saat kita berdoa. Mesti teliti pada ‘small small things’ dalam elemen doa, hal-hal yang kita meminta-minta. Budaya begini sangat memberikan kepuasan maksimum.


 

2) Langsung Tidak Mengharap 'Gifted'.

Ini Baru Betul-betul 'Gentleman'...! Tiada istilah ‘gifted’ atau ‘cerdik genius asal’ dalam hidup mereka untuk berjaya.

Kajian global buktikan bahawa orang genius hanyalah 7 peratus sahaja di dunia ini (satu angka yang sangat kecil). Orang-orang hebat yang lahir di dunia ini 93 peratus adalah orang biasa, tetapi rajin dan istiqomahnya yang luar biasa.

Mereka ada perasaan tak pernah putus asa yang sangat menebal dalam diri bahkan perkara baru yang positif walaupun tidak dibuat orang mereka tetap mengatakan ‘No harm trying’.

Mereka tidak pernah mengharap lebih pada cerdik asal usul. Sama ada kita nampak atau tidak, hakikatnya mereka kuat berusaha (baca buku, buat latihan dan ulangkaji pelajaran). Langsung tiada usaha yang dibuat ‘main-main saja’ kemudian berhasil berjaya cemerlang.

Mereka sendiri tidak percaya boleh berjaya hanya dengan ‘pay attention’ di dalam kelas sahaja. Ada yang berani kata pada saya “tipu semua tu cikgu kalau yang kata dia tak belajar di rumah atau asrama, cemerlang hanya belajar dalam kelas saja….., kami nak dapat tahap ni, kami semua pulun habis siang dan malam.., mana ada belajar main-main boleh cemerlang”.

Saya setuju…! Sebab banyak kisah orang-orang hebat di dunia, mereka berjaya kerana sanggup tabah lalui ‘keperitan’, barulah kejayaan mereka ‘cukup umur dan matang’. Lihat sahaja Sir Edmund Hillary, pendaki pertama puncak Everest hanyalah asalnya orang biasa, tapi semangatnya yang luar biasa, binatang buas dan curam yang dalam tidak ditakuti, jiwa dan akal yang hebat dipasak teliti. Jadi, “Gifted Genetic hanyalah berstatus boleh mempengaruhi sahaja, TETAPI TIDAK MENGUASAI…!

 

3) Suka buat ‘Aduan Khas’.

Mereka berterus terang kepada Allah SWT. Antara dialog mereka, begini: “Ya Allah, aku mengaku aku banyak kurang dan kelemahan, tapi bantulah aku Ya Allah”, “Ya Allah, aku ni tak pandai sangat, aku pelajar biasa saja"

"Ya Allah aku ni dari keluarga miskin, hanya DiKau sahaja yang dapat ubah hidup aku, Ya Allah tolonglah mudahkan aku mengingati nota penting dan faham latihan yang aku buat, Ya Allah, beratkanlah hati aku untuk belajar lebih yang mana, Ya Alllah bantulah aku di dalam dewan peperiksaan nanti, aku harap sangat Kau bantu aku ya Allah”.

Begitulah antaranya. Kalau diikutkan banyak lagi dialog mereka ini. Mereka berterus terang…! Mereka faham bahawa Allah SWT suka hambaNya meminta-minta berlebih-lebihan, maka mereka gunakan peluang ini. Setiap hari dalam diam-diam mereka banyak meminta-minta kepada Allah SWT.

Mereka faham apabila meminta-minta kepada Allah SWT akan hadapi tiga situasi (Mungkin Allah SWT makbulkan segera, Mungkin Allah SWT tangguhkan dahulu dan dimakbulkan pada kemudian hari, Allah SWT gantikan dengan sesuatu yang lebih baik, lebih sesuai untuk mereka.

 

4) Fikir Buat ‘YANG TERBAIK’, Bukan 10A, 12A, 15A.

Ini anak-anak semua kena faham betul-betul. Bukan salah letak target jumlah ‘A’, ia bagus dan saya pun suka anda dapat banyak ‘A’, saya juga nak anak-anak saya dapat banyak ‘A’ kalau boleh.

Tapi, ada sesuatu yang jauh LEBIH BESAR, LEBIH BERKUALITI, LEBIH SELAMAT, LEBIH NIKMAT, LEBIH BERMAKNA iaitu dengan set pada minda kita bahawa “AKU MAHU LAKUKAN YANG TERBAIK…!”

'TERBAIK' disini adalah meluas, boleh menjangkaui, bahkan melepasi jumlah ‘A’ yang kita hajati dan dambakan. Jumlah bilangan ‘A’ ada dalam 'TERBAIK' tersebut. Jika kita dilanda situasi luar jangka (contohnya Covid-19 kini), maka kita akan tetap tenang belajar dan berusaha sebab kita mahu lakukan dan dapatkan yang 'TERBAIK', terbaik pada kadar kita mampu lakukan dalam keadaan cabaran semasa.

Maka apa yang terbaik kita dapat kita akan tenang, redha dan kita yakin itulah yang terbaik Allah SWT mahukan untuk kita. Tapi ingat, pra syaratnya adalah kita mesti ADA USAHA UNTUK CAPAI YANG TERBAIK..! (Bukan duduk saja-saja dalam situasi sukar, kemudian berserah sahaja-INI DILARANG).
 

5) Tebalkan muka jadi ‘Jurulatih’. Jadilah penggemar bantu kawan.

Mereka sedar, “tak best la kalau masuk universiti sorang sorang saja. Ramai-ramai masuk ‘U’ barulah syok belajar”. Mereka tahu, universiti ada banyak, jadi kita mahu lebih ramai orang hebat-hebat dan berjaya, barulah seronok (tiada sikap penting diri mahu dia sahaja yang sukses).

Kebanyakan mereka asalnya bukan golongan pelajar terpilih. Mereka hanya pelajar biasa-biasa sahaja. Tapi, walau tahu sedikit mereka tidak kedekut ilmu. Mereka suka bantu kawan-kawan yang tidak tahu. Mereka tidak lokek kongsi nota cantik, salin cetak dan beri pada kawan yang tak berkemampuan.

Kata-kata seperti:

“emmm, tadi aku tengok kau tak berapa faham jawab soalan Matematik tu, aku tau sikit-sikit dan kalau kau nak aku boleh tolong tunjuk…”.

Menariknya, saya dapati mereka yang suka membantu kawan ini ditakdirkan Allah SWT beri mereka ‘insight’ lebih semasa dalam dewan peperiksaan sebenar. Dengan kata lain, mereka yang suka bantu kawan banyak ingat fakta ditanya soalan, kadang-kadang terlupa tapi tiba-tiba ingat seketika, sempatlah salin pantas-pantas sebelum terlupa kembali (mungkin, barangkali Allah SWT bantu orang yang suka tolong orang).

Akhirnya yang suka bantu kawan ini dapat yang terbaik, mudah dapat tawaran sambung belajar dan lebih menarik mudah dapat kerja…! Lihat, betapa Maha Adilnya Allah SWT pada orang yang baik baik ini.
 

6) Tekan suiz lampu tengah malam.

Mula-mula mereka kata, “saya sedar diri sebelum ini saya kurang berjaga malam untuk belajar. Saya alpa, saya leka. Tapi tahun akhir ini (SPM) saya mahu pulun dan tebus ‘all out’. Yang dah lepas saya tak boleh ubah. Yang sekarang dan ke depan saya mahu berjaga malam.

Saya mesti penat dan letih di tahun akhir ini. Tahun ini saya mesti jadi lebih baik, mesti lain dari tahun-tahun kebelakangan ini. Saya mahu hidupkan malam-malam yang mampu untuk saya belajar. Hebat bukan??


 

7) Jumpa ibu, ayah atau penjaga dan berani ‘Say Something’.

Mereka tidak sombong pada ibu bapa atau penjaga. Walau malu, mereka kuatkan semangat ucap mohon maaf pada ibu bapa dan penjaga terhadap salah dan silap yang lalu.

Walaupun ada beberapa perkara mereka ‘tidak sehaluan’ dengan ibu bapa/penjaga namun mereka raikan juga dengan hormati dan sanjungi kedua-duanya. Kemudian, barulah mereka mohon ibu bapa doakan kejayaan mereka.

Tidak hairanlah mereka cemerlang. Sebab mereka jelas terang lagi bersuluh minta ibu bapa dan penjaga doakan mereka.

Di sini kita lihat betapa besarnya aura ibu bapa dan penjaga yang cemerlang untuk hasilkan anak-anak cemerlang.
 

8) Mohon restu guru ‘Awal’

Kita mesti didik pelajar agar sentiasa mohon restu guru setiap kali selesai pembelajaran harian dan menuntut ilmu dengan guru-guru.

Inilah yang kebanyakkan pelajar cemerlang buat, mereka baik dengan cikgu, ringan tulang membantu dan suka buat hal-hal baik yang cikgu suka.

Mohon restu awal ini banyak manfaatnya. Bila cikgu suka, rasa dihargai, seronok, maka doa para guru lebih mudah makbul sebab bait dipinta lahir dari nurani yang bahagia. Insya Allah.
 

9) Formula "T-T-H-D".

T-Tahajjud, T-Taubat, H-Hajat, D-Dhuha


Setiap satunya dua rakaat sahaja, jumlah keseluruhannya lapan rakaat. Pelajar hebat mereka malu nak mengaku buat yang ini. Saya dapat tahu pun sebab saya selidik secara terperinci dan dari hati ke hati.

Rupa-rupanya, mereka rajin tunaikan Sunat Tahajjud, Sunat Taubat, Sunat Hajat dan Sunat Dhuha. Usai Tahajjud, mestilah Taubat dulu, barulah memohon Hajat. Kemudian mantapkan dengan Dhuha. Patutlah cemerlang dan ‘steady’ mereka ini.

Ini yang kita mahu dan perlu sebarkan buat anak-anak didik kita semua.

Semoga perkongsian Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaan Perwira Jaya, Muadzam Shah, Pahang ini dapat dimanfaatkan pelajar sebaiknya untuk terus melakar kecemerlangan dalam hidup.