Lemah dalam penguasaan asas Sifir, Pecahan, Perpuluhan, Peratus dan Pertukaran Unit ibarat "Virus" yang sukar dirawat buat guru-guru. Murid yang tidak menguasai tajuk-tajuk berkenaan cenderung untuk hilang minat dan gagal dalam pentaksiran Matematik sekolah rendah. Maka, suntikan "vaksin" perlu diberikan agar murid tadi tidak cepat berputus asa serta hilang keseronokkan dalam Matematik.

Di sinilah pentingnya peranan guru mencari kaedah dan strategi yang pelbagai agar murid tadi dapat dipulihkan dengan segera.

Ikuti perkongsian Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai Kuala Lumpur, yang juga Tenaga Pengajar Utama Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) Pusat STEM Negara, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif ini.

1. Kaedah menghafal sifir misalnya perlu diberi suntikan inovasi contohnya dijadikan dalam bentuk permainan agar murid bukan sahaja menghafal sifir atas dasar paksaan sebaliknya mereka sukarela dan gembira dengan apa yang mereka lakukan.

2. Begitu jugalah dengan pecahan, perpuluhan, peratus dan pertukaran unit. Segalanya perlu diberi nafas baru agar setiap murid termasuk murid lemah memperoleh peluang yang sama rata untuk menguasai tajuk-tajuk berkenaan.

3. Masih belum terlewat untuk kita melakukan sedikit kajian tindakan bagi mengenalpasti apakah bentuk rawatan, intervensi yang sesuai buat murid-murid kita.

4. Mudah-mudahan kita semua dapat mengembalikan peluang kepada murid-murid kita yang lemah.

5. Akhir penulisan, saya kongsikan kaedah Darab Pecahan dengan menggunakan Gambar Rajah.

Melalui gambar rajah tersebut, murid akan dapat menterjemah konsep Pecahan dengan jelas.

Pecahan wajar X Pecahan Wajar

Nombor bercampur X Pecahan wajar