PEPERIKSAAN bagi subjek Kimia akan berlangsung tidak lama lagi....
Sudahkah calon-calon SPM bersedia untuk menduduki exam tersebut?
Guru subjek Kimia Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Cikgu Natasya Haswani Hassan Merican ketika dihubungi GPS Bestari, bersedia untuk berkongsi rahsia skor A+ Kimia SPM.
Apa rahsianya? Baca nie...
**********
1) Kuasai perkaitan antara topik-topik dalam subjek
- Calon perlu memahami perkaitan antara semua topik yang telah dipelajari dalam subjek Kimia dan menguasai isi kandungan subjek.
2) Buat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas
- Membuat analisa soalan SPM tahun-tahun lepas adalah sangat penting untuk mengetahui topik-topik yang kerap ditanya dalam SPM dan gaya penyoalan yang dikeluarkan.
- Fokuskan pada stimulus yang berbeza yang dikeluarkan untuk topik yang sama. Calon boleh memfokuskan cara menjawab bagi soalan yang mempunyai stimulus yang pelbagai.
- Calon dapat memfokuskan jawapan berdasarkan peruntukan markah yang diberikan menggunakan standard pemarkahan SPM sebenar.
3) Latih tubi Kertas 1
- Kumpulkan seberapa banyak set soalan Kertas 1 dari percubaan negeri-negeri tahun semasa atau set soalan SPM tahun-tahun lepas.
- Jawab soalan Kertas 1 dengan memperuntukkan masa standard SPM iaitu 1 ¼ jam untuk satu set. Kemudian semak jawapan dan kenal pasti kesalahan dan buat pembetulan.
- Ulang untuk set yang berikutnya dan setkan peningkatan yang ditunjukkan bagi setiap set kertas.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi Kertas 1.
4) Latih tubi Kertas 2 soalan struktur (Bahagian A)
- Buat latih tubi soalan struktur dan fokuskan pada soalan aras aplikasi dan analisis iaitu soalan 5 dan 6.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 45/60 bagi bahagian A Kertas 2.
5) Latih tubi Kertas 2 soalan esei (Bahagian B dan C)
- Tahu perbezaan soalan respon tertutup (Bahagian B) dengan soalan respon terbuka (Bahagian C).
- Buat pemilihan soalan yang bijak (pilih salah satu dari dua soalan di Bahagian B dan salah satu dari dua soalan dari Bahagian C).
- Kuasai teknik menjawab soalan mengeskperimen (Bahagian C) yang bernilai 10 markah.
6) Kuasai teknik menjawab Kertas 3
- Fokuskan untuk mendapatkan skor 3 bagi setiap konstruk kemahiran proses sains yang diuji.
- Target untuk mendapat sekurang-kurangnya 40/50 bagi kertas 3.
Selamat Maju Jaya
Tip Menarik:
Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai
Cikgu Hailmi kongsi cara bedah jantung lembu di makmal sains sekolah - Teruja nak tengok kaedahnya
Teknik Linosains beri peluang pelajar 'menyanyi' sambil hafal fakta
Teknik MaxRecall - Senang ingat tanpa perlu menghafal
Kerana teknik mengajar yang Teacher Dilla buat, murid Tahun Satu dan Dua semangat nak datang sekolah