Mengukuhkan fakta Sains Tahun Empat: Soalan UPSR Sains (Kertas 2) (Siri Dua)

KESINAMBUNGAN Siri Satu sebelum ini, kali ini cikgu akan kongsikan tajuk Sumber Asas Bahan (tajuk Tahun Empat).

1. APAKAH SUMBER ASAS BAHAN?

Sumber asas boleh menghasilkan bahan-bahan untuk membuat pelbagai objek.

 

Terdapat empat sumber asas:

1) Tumbuhan

2) Batuan

3) Haiwan

4) Petroleum

 

1) Tumbuhan

Bahan: Kayu, Kapas, Getah

Contoh Objek: pintu kayu, buku, tuala, baju, sarung tangan, tayar, pemadam

 

2) Batuan

Bahan: Logam, Tanih

Contoh Objek: emas, kunci, duit syiling, kaca, guli, gelas, seramik, pasu, cermin, jubin

 

3) Haiwan

Bahan: Kulit, Sutera, Bulu

Contoh Objek: tali pinggang, beg tangan, kasut kulit, kain sutera, selimut, baju panas

 

4) Petroleum

Bahan: Kain Sintetik, Plastik

Contoh Objek: baju hujan, khemah, payung, sudu plastik, baldi, penyedut minuman

 

2. APAKAH SIFAT-SIFAT BAHAN?

Bahan mempunyai pelbagai sifat, seperti:

- Kebolehan menyerap air

- Kebolehan terapung di permukaan air

- Kekenyalan bahan

- Konduktor dan penebat elektrik

- Konduktor dan penebat haba

- Kebolehan penembusan cahaya

- Kebolehan menyerap air

 

Terdapat bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis air.

►Bahan yang menyerap air menjadi basah apabila terkena air.

► Bahan yang tidak menyerap air disebut bahan kalis air.

 

Kebolehan terapung di permukaan air

► Terdapat bahan yang terapung di atas permukaan air dan bahan yang tenggelam di dalam air.

 

Kekenyalan bahan

► Kekenyalan ialah keadaan sesuatu bahan yang dapat kembali ke bentuk asal apabila diregangkan atau dimampatkan.

► Terdapat bahan yang kenyal dan bahan yang tidak kenyal.

 

Konduktor dan penebat elektrik

► Setiap bahan bersifat sama ada konduktor atau penebat elektrik.

► Konduktor elektrik ialah bahan yang boleh mengalirkan arus elektrik.

► Penebat elektrik ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik.

 

Konduktor dan Penebat Haba

► Terdapat bahan yang bersifat konduktor haba dan penebat haba.

► Konduktor haba ialah bahan yang membenarkan haba mengalir melaluinya dengan baik dan cepat.

► Penebat haba ialah bahan yang tidak membenarkan haba melaluinya dengan baik.

 

Kebolehan Penembusan Cahaya

► Setiap jenis bahan mempunyai kebolehan penembusan cahaya yang tersendiri.

► Bahan lut sinar ialah bahan yang membenarkan cahaya melaluinya.

► Bahan lut cahaya ialah bahan yang membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.

► Bahan legap ialah bahan yang menghalang cahaya melaluinya.

*****

Ini adalah nota yang cikgu rasakan perlu untuk mengingatkan calon UPSR mengenai tajuk yang masih belum disoal dalam Sains (Kertas 2).

Semoga perkongsian cikgu ini memberi manfaat pada calon UPSR dan guru-guru.

Cikgu sertakan juga beberapa contoh soalan bagi tajuk ini untuk latihan.

Sumber: Facebook Personal HOME Tuition CIKGU Shahrul

Tip Menarik:

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

21 kaedah belajar yang betul dan berkesan untuk bantu pelajar cipta kejayaan - Versi Cikgu Iznan

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR