PUNYAI anak calon UPSR sesi 2020? Ini sedikit panduan buat kalian.

Ok begini.

Berbaki dua minggu ni saya masih pulun dengan murid Tahun Lima. Sesi pengajaran dan pembelajaran masih berjalan. Saya juga kumpulkan murid yang lemah untuk aktiviti pemulihan.

Sebelum melangkah ke Tahun Enam, cukup untuk mereka ini kuasai operasi asas dengan sebaiknya. Semahir-mahirnya. Sekukuh-kukuhnya.

Pentingnya operasi asas ini kerana setiap tajuk dalam Matematik memerlukan empat operasi ini.

1. Tambah

2. Tolak

3. Darab

4. Bahagi

Setiap guru ada perancangan yang berbeza untuk kelas Tahun Enam mereka. Ada yang bulan empat dah habis silibus. Ada yang bulan lima. Ada pula yang bulan enam. Berbeza-beza.

Jadi faktor apa yang mengganggu guru untuk menghabiskan silibus?

Murid tidak kuasai operasi asas.

Bilamana murid dah kuasai operasi asas, pasti silibus dapat diselesaikan dengan lancar.

Jadi, gunakanlah cuti ini dengan perbanyakan latihan yang melibatkan operasi asas.

Ini pun dah sangat-sangat memadai dan membantu.

Saya yakin, setakat operasi asas ni kalian tak ada masalah untuk bantu anak-anak ketika di rumah.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Tip Menarik:

Sistem ukuran metrik baharu akan diperkenalkan kepada murid Tahun Empat 2020 - Cikgu Shahril

Ini petua dan kaedah untuk calon SPM amalkan semasa peperiksaan Fizik, 27 November nanti

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai