INI cara saya ajar anak mengenal abjad dan nombor.. (biasanya saya lakukan dalam kereta je).

Sejak anak pertama saya praktikkan cara ni.. Bila dalam kereta saya suka berinteraksi dengan anak.

Tanya apa belajar di sekolah hari ni. Nak makan apa, *pastikan tumpuan pada pemanduan!!!

 

Umur 3-5 tahun

Saya akan suruh anak saya tengok NO PLATE kenderaan di hadapan saya, di lampu isyarat.

Dari situ ,dia belajar mengenal abjad & nombor. Cukup sekadar 5-10 biji kereta.

Pastu tanya je NO PLATE kereta di depan.

+ WARNA KERETA (BM/BI)

 

Umur 5-7 tahun

Untuk mengira pula, nombor plate digunakan juga.

Soalan KBAT ni !!!

Jari jemari digunakan.

Contoh
XXX 323 : 3+2+3
XXX 723 : 7-2-3

Begitu juga membaca..

ADK XXX

A: Ayam, Anak
D: Dadu, Dodol
K: Kelapa, Kopi
*banyak signage di JALAN RAYA boleh digunakan.

Umur 7-9 tahun

Bila anak di sekolah dah mula belajar sifir, saya akan menyuruhkan hafal dan dia membaca di dalam kereta semasa hantar ke sekolah.

Saya juga akan menguji tahap kecekapan sifir anak.

Contoh

1.4x5: ? Jawapan 20

2. 48 :?

Jwp : 6x8 , 8x6, 4x12,12x4

3.Baca sifir dari bwh.. 12x2,11x2......
 

Alhamdulillah, anak pertama saya berjaya dalam pelajaran (top#3 dari darjah 1-3)..

Yang kedua - masih belajar membaca & mengira menggunakan jari.

Yang ketiga - masih dalam buai lagi..kikiki

 

 

 

Nukilan,

Mazlan Omar

Juruteknik

 




 

JIKA BERMINAT MENYUMBANGKAN TIP BELAJAR DAN TIP MENGAJAR ATAU ARTIKEL BERKAITAN PENDIDIKAN
BOLEH EMELKAN KEPADA KAMI DI [email protected]
Jangan lupa folow juga kami di Facebook, Instagram dan Tweeter @GPSBestari.