“Murid perlu diajar mengenai ciri dan penggunaan peribahasa dalam penulisan.

“Dan cuba biasakan mereka dengan menulis peribahasa dengan ayat yang lengkap.

“Saya yakin, murid-murid nanti akan dapat menguasai bab ini dengan mudah,” kata Cikgu Hanisah Ramli.

Cikgu Hanisah

Merupakan guru Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, Sik, Kedah, Cikgu Hanisah berkata, ada lima perkara berkaitan tajuk peribahasa tersebut.

1) Murid perlu belajar dan ambil tahu warisan orang Melayu dahulu yang sentiasa menggunakan susunan perkataan dan ayat yang mempunyai maksud tersirat dalam menyampaikan sesuatu.

2) Murid juga perlu ambil tahu kerana soalan berkenaan peribahasa ada diselitkan dalam peperiksaan bagi murid Tahun Empat, Lima dan Enam.

3) Murid Tahap Satu juga telah didedahkan dengan peribahasa yang mudah di sekolah.

4) Sekurang-kurangnya murid dapat menghafal satu hari satu peribahasa.

5) Murid harus menganggap yang peribahasa merupakan salah satu tajuk yang menyeronokkan dalam Bahasa Melayu.