“LUKISAN oblik adalah satu lukisan tiga dimensi yang memaparkan tiga pandangan dalam satu objek.

“Lukisan ini ada tiga jenis bergantung kepada panjang paksi surutnya iaitu oblik kavalier, oblik kabinet dan oblik am. Menerusi lukisan oblik ini, pelajar akan dapat melihat objek sebenar dalam bentuk tiga dimensi,” kata Cikgu Hasfasuriazal Hasman kepada GPS Bestari.

Menurut guru Grafik Komunikasi Teknikal (GKT) Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang, pelajar pasti akan berdepan untuk membina lukisan oblik.

“Justeru, saya telah menghasilkan video lukisan oblik khususnya untuk pelajar GKT,” katanya.

Video berdurasi 25 minit 57 saat itu memfokuskan tutorial membina lukisan oblik dengan mudah.

“Buat pelajar saya dan juga pelajar lain, boleh klik link video https://youtu.be/QcyateOzwkQ ini untuk mendapat maklumat tentang melukis lukisan oblik dengan menggunakan kaedah yang betul,” katanya.

Tip menarik:

Guru Pendidikan Khas kongsi tip mudah mengenal Huruf Hijaiyah dalam bahasa isyarat

PdpC versi pedalaman Sir Rezza.. jimat masa, tenaga dan internet

Guru Cemerlang ini guna Google Form untuk pelajar jawab kuiz Perniagaan