Mungkin ada antara kita yang punyai anak yang tidak meminati subjek Matematik.

Puas dicuba dengan pelbagai cara, namun akhirnya, anak-anak itu tetap tidak mahu ulang kaji mata pelajaran tersebut.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Mengapa anak itu tidak minat?

Perkongsian menerusi Telegram Nota Parenting Taufiq Razif mungkin boleh dijadikan panduan dan rujukan ibu ayah guna untuk tarik perasaan suka pada Matematik.

Mari kita lihat.

 

 

**********

 

 

Nak Anak Minat Matematik?

* Jangan terburu buru ajar anak cara cepat mengira

* Ajar dulu cara anak untuk develop NUMBER SENSE

Ni contoh cara mudah nak develop Number Sense anak kita:

* Ajar anak operasi tambah tolak dengan jari jemarinya dulu

* Ajar anak operasi bahagi dengan bahagikan makanan dia kepada adik beradiknya

* Ajar anak konsep nombor negatif ( contohnya -5 ) dengan melihat suhu di termometer

Yang penting adalah kita gunakan je benda di sekeliling kita untuk kaitkan dengan konsep matematik.

Insya-Allah anak kita takkan benci Matematik buat selama lamanya.

 

Sumber: Telegram Nota Parenting Taufiq Razif

ARTIKEL BERKAITAN: Ini dia senarai kerja rumah boleh dilatih sesuai untuk murid tahun satu hingga enam

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara yang boleh cikgu lakukan jika murid buat bising

ARTIKEL BERKAITAN: Tip Skor Fizik SPM..ini yang dikongsi Cikgu Ajwad untuk calon SPM 201


***Jika anda ingin menyumbangkan berita, tip belajar atau artikel berkaitan dunia persekolahan (guru dan pelajar), boleh emelkan kepada [email protected]