Perkara paling sukar, adalah mengingati fakta, namun dengan teknik 'bunga ros' yang diperkenalkan oleh Cikgu Asraf Selajudin dari SK Batu Luking, Sarawak ini, pelajar tidak lagi sukar untuk mengingati.

Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu (Bab 1 Sejarah Tingkatan 4).

Ini merupakan sebahagian daripada bab pertama yang diajar dan diperkenalkan dalam silibus terbaharu ini. Ramai pelajar yang dah pening nak ingat dan kenal pasti ciri-cirinya.

Cikgu sejarah tak perlu risau lagi sebab pelajar mudah ingat ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu dengan hanya melukis bunga ros yang ‘simple’.

Bila saya kata masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya melukis sekuntum bunga ros, ramai pula yang bertanya:

" Cikgu benarkah dengan hanya melukis bunga ros yang ‘simple’ kita boleh tahu ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu? "

Saya jawab: " Ya, memang boleh sangat. "

 

Jadi, saya ingin kongsikan dengan semua pelajar, bagaimana hanya dengan melukis sekuntum bunga ros dapat memudahkan anda  mengingati ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu. Selamat mencuba.

 

~ Cikgu Asraf ~

 

#gurudipedalamansarawak