Ramai pelajar risau dengan pencapaian dan markah Matematik yang diperoleh sebelum ini. Tambahan pula UPSR semakin hampir, masih banyak lagi usaha yang perlu dilakukan pada saat akhir.

Jika sebelum ini GPSBestari ada berkongsi tentang ‘Study Smart’ bukan ‘Study Hard,’ fokus pada tajuk penting dalam Matematik UPSR - Cikgu Shahril Othman.

Kali ini, giliran Cikgu Mohd Fadli Salleh pula berkongsi satu rahsia mahal, bagaimana untuk meningkatkan markah subjek Matematik dengan mendadak.

Ibu bapa perlu bantu anak-anak di rumah…

1. Rahsianya ialah teknik pengulangan atau teknik masteri. Bagaimana?Baca lanjut ya.

2. Kertas set soalan peperiksaan itu kalian perbanyakkan. Buat dua atau tiga salinan SOALAN YANG SAMA. Ya, soalan yang sama seperti saya buat ini.

3. WAJIB jawab dalam masa yang ditetapkan. Sepertimana masa menjawab dalam peperiksaan. Satu jam sahaja. Tidak boleh lebih atau kurang. Kalau tak sempat jawab, soalan itu dikira salah. Tak boleh bagi tambahan masa walau buat kat rumah.

4. Selesai anak menjawab, tanda depan mereka. Betulkan kesalahan depan mereka biar mereka tahu di mana kesalahan mereka. STEP INI SANGAT PENTING! Jangan skip step ini. WAJIB BETULKAN KESALAHAN ANAK ITU.

Guna pen merah sebaiknya. Perbincangan ini mungkin akan ambil masa 2-3 hari. Tak perlu terburu-buru nak betulkan dalam masa singkat. Pastikan anak faham penerangan kita.

5. Bila dah selesai penerangan semua soalan, bagi dia jawab soalan yang sama. Yang kita perbanyakkan tadi. Ya, soalan yang 100% sama macam mereka dah buat.

Tidak semestinya jawab pada hari yang sama. Selang beberapa hari selepas ujian pertama.

Sama juga macam tadi, ikut masa peperiksaan sebenar iaitu SATU JAM SAHAJA. Bagi dia ruang tanpa diganggu oleh adik-adik, televisyen atau gajet ya. Biar menjawab di meja.

Tadaaaa!

Masa ni kita akan lihat peningkatan yang sangat banyak dalam keputusan anak-anak.

Jika masih tidak puas hati dengan keputusan mereka, ajar lagi soalan yang mereka salah dan BUAT LAGI!

Inilah tip yang boleh ibu bapa bantu anak-anak tingkatkan prestasi mereka kuasai subjek Matematik.

Set soalan yang saya cadangkan adalah soalan sebenar UPSR dan set soalan percubaan setiap negeri tiga tahun kebelakangan. Ini antara set terbaik yang boleh anda cuba. Boleh Google sahaja untuk dapatkannya.

Buat dan buat dan buat.

Matematik itu tentang latih tubi. Makin banyak latih tubi dibuat, makin mereka mahir dan faham.

Teknik pengulangan atau teknik masteri adalah salah satu teknik terbaik untuk meningkatkan prestasi anak-anak.

Cubalah ya!

TIP MENARIK:

'Kata kuncinya adalah hafal formula' - Ini peringatan penting cikgu Matematik kepada calon UPSR

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Tip penting untuk calon UPSR, PT3, SPM dan STPM buat ketika ini...jangan lengah-lengah lagi

Link Soalan Percubaan UPSR 2019 - Penting untuk calon buat latih tubi

Gagal kuasai subjek Matematik...rupa-rupanya ini faktor sebenar pelajar lemah dan corot subjek itu

Dua tajuk penting subjek Sains untuk calon UPSR hafal, ingat - Contoh soalan disediakan (Siri 1)