NOTA RINGKAS BAHASA MELAYU PEMAHAMAN UPSR

PEMAHAMAN ( BAHAGIAN A ) OBJEKTIF

1. Kod kertas 011 (SK) / 021 (SJKC) / 031 (SJKT)

2. Masa yang diperuntukkan 1 Jam 15 Minit sahaja. Elak mengambil masa yang terlalu lama untuk menjawab.

3. Konteks sistem bahasa dalam ujian Pemahaman.

A. MORFOLOGI

i. Bentuk kata

- kata tunggal

- kata terbitan

- kata majmuk

- kata ganda

 

ii. Proses pembentukan kata Bahasa Melayu melalui

- pengimbuhan

- penggandaan

- pemajmukan

 

iii. Golongan kata

- kata nama

- kata kerja

- kata adjektif

- kata tugas

 

B. SINTAKSIS

Pengetahuan tentang ayat, pembinaan dan perluasan mengikut ragam yang sesuai.

- Ayat soalan

- Ayat jawapan

- Ayat sama maksud

- Ayat aktif / Ayat pasif

- Struktur ayat

- Cakap ajuk / pindah

- Ayat yang betul

- Ketepatan kata

- Kesalahan tatabahasa dalam ayat

 

C.     PERIBAHASA

Mengetahui maksud simpulan bahasa dan penggunaannya dalam ayat atau penulisan.

 

D.    SISTEM BAHASA

Perkara yang diberi penekanan ialah :

i. Kata asli Bahasa Melayu

ii. Ejaan kata pinjaman

iii.Ejaan kata dasar dan kata terbitan

 

E.     BAHASA ISTANA

Bahasa pertururan golongan RAJA / SULTAN.

 

4. Untuk soalan bergambar, kenal pasti perkaitan antara soalan dengan gambar yang disertakan.

 

5. Bilangan soalan adalah sebanyak  20  .  

Jenis soalan ialah:

a. Aneka pilihan mudah.

i. Soalan menghendaki calon memilih satu jawapan betul atau terbaik.

ii. Empat opsyen jawapan A, B, C dan D

 

b. Aneka pilihan kompleks.

i. Soalan menghendaki murid memilih satu gabungan jawapan yang  betul atau  terbaik.

ii. Empat pilihan jawapan bernombor roman ( i , ii , iii , iv )

iii. Empat pilihan jawapan A, B,C dan D

 

6. Kata tugas dalam soalan.

- Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

- Perkataan seerti bagi ( SINONIM )

- Perkataan berlawan bagi ( ANTONIM )

- Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

- Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

- Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

- Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

- Pilih ayat yang betul.

 

7. Jawab soalan yang mudah dahulu bagi mengelakkan kehilangan masa.

 

PEMAHAMAN ( BAHAGIAN B ) SUBJEKTIF

1. BACA PETIKAN dan cari kata kunci soalan kemudian cari maklumat dalam petikan. Seterusnya menanda / menggaris isi dalam teks.

2. GARISI JAWAPAN sekiranya jawapan yang dikehendaki itu dapat ditemukan dalam petikan.

3.TELITI JAWAPAN PILIHAN yang lain juga. Pastikan bahawa jawapan yang anda pilih itu benar-benar menepati kehendak soalan.

4. Kata tugas dalam soalan. Kata tugas (jenis-jenis  kata tanya) Membayangkan kerencaman  (kepelbagaian) Contoh kata tugas:

1) Apakah - Memberikan maklumat yang khusus atau spesifik

2) Bagaimanakah - Memperihalkan/ Memberi penerangan tentang cara/ keadaan/ langkah/ kejadian

3) Bezakan - Menyatakan kelainan / ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara

4) Berapakah - Menyatakan kuantiti / jumlah / bilangan

5) Bincangkan - Memberikan penerangan / pandangan daripada pelbagai aspek

6) Bilakah - Menyatakan masa atau waktu urutan sesuatu peristiwa

7) Catatkan - Merakam sesuatu maklumat

8) Di manakah - Menyatakan tempat, kedudukan atau lokasi sesuatu peristiwa

9) Isikan - Memasukkan jawapan yang sesuai ( kenal pasti Kata Nama Am / Kata Nama Khas )

10) Mengapakah - Memberi sebab / alasan

11) Manakah - Menyatakan pilihan

12) Nyatakan - Memberi jawapan yang spesifik tanpa memerlukan huraian lanjut/huraian/sokongan

13) Pilih - Membuat pilihan jawapan

14) Siapakah - Mengenal pasti individu dalam konteks tertentu

15) Tuliskan - Menulis maklumat berdasarkan respons yang diharapkan

16) Ulaskan - Memberi pandangan/ pendapat/ komen/ kritik

 

5. BERHATI-HATI  ketika menjawab soalan supaya tidak terperangkap oleh teknik penyoalan.

Misalnya, soalan yang menggunakan kata kecuali, bukan, tidak benar, lawan, seerti dan sebagainya.

6. Jangan sekali-kali memberikan jawapan hanya berdasarkan pemahaman anda tanpa merujuki konteks ayat.

Biasanya soalan-soalan yang menanyakan erti kata, lawan kata, maksud rangkai kata dan maksud peribahasa, pemilihan katanya adalah berdasarkan konteks ayat dalam petikan.

7. Terdapat juga soalan-soalan yang berbentuk TERSIRAT.

Misalnya, soalan yang bertanyakan PENDAPAT anda.

Untuk menjawab soalan seperti ini, calon perlu memberikan IDEA SENDIRI .

Sumber: Guru Berpengalaman, Cikgu Fadzli Mohd Saleh (SK Taman Megah, Petaling Jaya, Selangor)