Perkongsian lima link video pembelajaran Subjek Geografi oleh Guru Geografi Tingkatan Enam, Sekolah Menengah Kota Bharu, Cikgu Che Faridah Hat memang menyeronokkan. Penerangan yang lengkap dan menarik membuatkan pelajar menjadi mudah faham lima tajuk berbeza subjek Geografi Semester 3 ini.

Jom kita belajar…

5.3: Kitar Karbon

Klik link di sini

https://www.youtube.com/watch?v=ocHbeyOiTi4&t=21s

Video menjelaskan konsep kitar karbon dan proses yang terlibat dalam pengembalian dan penggunaan karbon agar sentiasa mencapai keseimbangan karbon dalam atmosfera. Proses respirasi, pereputan, pembakaran antara proses pengembalian karbon dalam atmosfera dan proses fotosintesis yang menggunakan karbon untuk menghasilkan tenaga dan oksigen ke atmosfera agar kitar ini seimbang.

5.3 : Kitar Nutrien dan Kitar Oksigen

Klik link di sini

https://www.youtube.com/watch?v=5SQTp2RCLes

Video menjelaskan tentang kitar nutrien dari segi konsep.Video ini juga menjelaskan proses-proses yang berlaku dalam kitar oksigen seperti respirasi, pembakaran, pengaratan dan penguraian.Proses ini berlaku berterusan dalam satu ekosistem. Proses pengambilan oksigen dan pembebasan karbon dioksida dan akhirnya berlaku pembebasan oksigen semula ke atmosfera.

5.2 (e): Persaingan antara spesis dan sesama spesis

Klik link di sini

https://www.youtube.com/watch?v=2CmFQDh4H0w

Video mengenai persaingan species dalam ekosistem.Maksud persaingan dan spesies, terdapat dua jenis persaingan iaitu persaingan intraspesies dan persaingan interspesies .Terdapat faktor berlaku persaingan antara spesies tumbuhan dan juga haiwan.Persaingan mendapatkan makanan, habitat, ruang, pasangan dan cahaya matahari.Terdapat kesan daripada persaingan ini terhadap haiwan dan tumbuhan.

5.2C Konsep AAras Trofik dan Piramid Tenaga

Klik link di sini

https://www.youtube.com/watch?v=VJfd5HiEioY

Video mengenai konsep aras trofik dalam ekosistem yang melibatkan pengeluar, pengguna primer, sekunder dan tertier.Video ini juga menerangkan mengenai kedudukan pengeluar dan pengguna dalam aras trofik.Kedudukan aras makanan dalam satu ekosistem yang berbentuk piramid. Video ini juga menjelaskan proses pemindahan tenaga antara matahari pengeluar dan pengguna yang melibatkan pemindahan tenaga secara berurutan. Selain itu juga terdapat penerangan mengenai pengurangan tenaga yang berlaku dalam setiap aras trofik. Menjelaskan lima punca kehilangan tenaga dalam aras trofik.

5.2 Rantaian Makanan dan Siratan Makanan dalam satu ekosistem

Klik link di sini

https://www.youtube.com/watch?v=xHGk6LZn0tI

Video mengenai konsep rantaian dan siratan makanan dalam satu ekosistem seperti hutan.Hubungan antara pengeluar, pengguna primer, pengguna sekunder dan pengguna tertier dalam proses makan dan dimakan.Terdapat satu rantaian makanan dan siratan makanan yang dihuraikan dengan baik serta contoh yang mudah difahami oleh pelajar sama ada pelajar Sains atau Aastera.

Cikgu Faridah adalah tenaga pengajar di Akademi AYU Edidik