PERKONGSIAN berguna daripada bekas guru bahasa Arab, Mahamidah Hamdan yang lebih mesra dipanggil Cikgu Ida berkenaan amalan untuk elak dari virus Covid-19.

Katanya, dengan mengamalkan amalan ini, alhamdulillah dengan kuasa ALLAH mendapat kesembuhan.

"Lagi mujarab jika baca ayat di bawah ini bersama air serta airnya juga dibuat minum dan sapu.. InsyaALLAH berkesan untuk pelbagai penyakit juga," katanya kepada GPS Bestari.

Mari kita ikuti perkongsiannya.

+++

Bismillah.

Buat semua anak anak murid cikgu dan bukan anak murid cikgu ida dan baru nak jadi anak murid cikgu ida, tenanglah hadapi corona ini dengan penuh POSITIF.

Disaat Allah menghadirkan rasa risau kepada manusia dan dunia, maka fahami lah Allah ingin kamu kembali padaNYA kerana Allah rindu akan doa doa mu.

Maka jom lah semua kembali kepada Allah dengan sepenuh hati dan penuh cinta kepada Allah, dan berdoa dengan penuh kasih sayang dan berdoa dengan penuh keinsafan.

Menangis lah dan insaf lah di sejadah cintanya

Raihlah cintaNYA sepenuh hati. dekati lah dia dengan penuh kasih sayang dan penuh cinta.

dan bertaubatlah dengan penuh cinta dan penuh kasih sayang. dan meminta ampun dengan sebanyaknya.

Dengan cara :

1. SOLAT TAUBAT NASUHA

2. ISTIGHFAR sebanyaknya.

Baca zikir ini dengan rasa dihati ,bukan kejar bilangan tetapi zikirlah dengan rasa dihati dan zikir dengan penuh mengharap ampunan dosa kepada allah dan masa zikir itu menangislah untuk meminta ampun kepada allah dengan sepenuh hati.

3. TETAP BERSIKAP TENANG dan POSITIF.

Dan selalu tarik nafas untuk tenang.

(ingat ALLAH maha kuasa atas segalanya, banyak kan minta ampun pada allah)

4. Membaca AL-QUR'AN setiap hari satu muka surat atau lebih.

(Biasakan baca satu muka surat untuk jadi kuat dalam diri kita dan ia untuk kekuatan ROHANI kita. Dia juga vitamin untuk tubuh kita untuk mengelak dari datang penyakit )

5. BACA 10 AYAT AWAL dan 10 AYAT TERAKHIR SURAH AL-KAHFI

(untuk selamat dari fitnah dunia dan dajal)

6. BACA SURAH AL-ANBIYA AYAT 83 untuk memuntah kan penyakit.

Ilmu ini dari Ustaz Syarhan. Kredit untuk Ustaz Syarhan.

(Sapa baca ayat ini yang ada penyakit akan muntah dan yang tiada penyakit akan jadi antibiotik)

Caranya:

1- letak tangan di dada kiri

2- tarik nafas sekali dulu selepas itu baca surah anbiya ni dan baca erti nya sekali.

*۞ وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ*

*Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani"*

3. (masih lagi tangan di dada kiri) dan pejam mata dan niat :

"Ya allah ya tuhanku, muntahkan segala penyakit yang ada didalam tubuh badan ku dan campakkan anti biotikmu kedalam tubuh badanku"

Selepas itu tarik nafas sekali lagi dan ucap Alhamdulillah 3 kali.

(Kredit Ustaz Syarhan)

 

7. DOA PERLINDUNGAN DARI ALLAH.

Ilmu dari chanel Pak Nas. Kredit to Pak Nas.

"Ya allah jauhkanlah penyakit ini daripada kami, dan dari rumah rumah kami, dari keluarga kami, dan anak anak cucu kami dari negara kami, dan negara kaum muslimin, dan jaga lah kami dari yang kami takuti, dan apa yang kami waspadai, dan engkau lah sebaik baik penjaga, dan engkau adalah maha penyayang dari semua penyayang.

Ya allah ampuni lah semua dosa dosa kami.

Terima lah taubat kami.

Rahmatilah kami , pandanglah kami ya allah.

Tenangkanlah hati kami dan hanya engkau tempat kami berlindung.

Amin ya allah ya mujib.

(kredit to Pak Nas, Guru Cikgu Ida)

8. SEDEKAH

Dari hadis nabi : "Sedekah dapat menolak bala, mengundang rezeki, menyembuhkan penyakit dan memanjangkan umur"

Moga manfaat untuk kita semua.

PESANAN : habiskan masa berzikir istighfar untuk minta ampun pada Allah

PESANAN PENTING :

Alhamdulillah sampai kini pintu taubat masih terbuka luas. Jom bertaubat nasuha.

Jom sebarkan agar kita dapat menolong seramai orang untuk ilmu yang bermanfaat ini dan dapat menolong ramai orang dari virus corona.

Moga asbab korang share artikel ini, cikgu doakan korang selamat dari virus ini. Amin ya allah ya mujib.

Untuk kesan terbaik, Cikgu Ida ada sediakan AUDIO KHAS dan VIDEO LIVE CIKGU IDA  cara buat amalan ni. InshaaAllah korang akan lebih mudah FAHAM dan MENGHAYATI.

1.Untuk dengar audionya boleh klik disini  boleh wassap Cikgu kat sini.

www.wasap.my/601115097307/Audio

Dan untuk lihat VIDEO LIVE NYA ini link nya :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=578254836116419&id=100017957228255

Terdahulu Cikgu Ida adalah seorang guru bahasa Arab selama 16 tahun.

Sekarang Cikgu Ida sah bergelar Certified Trainer Magnet Rezeki (CTMR).

Artikel lain:

Cikgu Nazim kongsi cara pencegahan daripada terkena Covid-19 di rumah

'Zoom Cloud Meeting' cara Cikgu Mazliza

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19