PERCAYA tak, dalam sehari sebenarnya banyak sifir anak-anak boleh hafal tau.

Tapi sebelum ni, ramai je student yang nak hafal 1 sifir pun ambil masa berbulan-bulan.

Sebenarnya, ada cara mudah. Tapi perlukan pantauan.

Syarat pertama nak mudah hafal sifir ni, anak-anak kena familiar dengan nombor. Maksud saya kena agak mahir buat operasi tambah dengan mencongak.

Kalau nombor pun jarang guna, memang susah nak hafal sifir sebab nombor itu adalah satu benda asing buat mereka.

Ok kembali kepada cara menghafal sifir.

Ada 12 sifir yang perlu dikuasai pelajar.

Sifir 1-12.

Sifir 1 tak perlu hafal, hanya perlu ajar bahawa apa-apa darab 1 akan dapat nombor tu semula.

Jadi tinggal 11 sahaja sifir yang perlu dihafal.

Antara 11 sifir ni, boleh fokus 4 sifir paling mudah dulu, iaitu sifir 2, 5, 10 dan 11.

Ok saya mulakan dengan sifir 2 ya.

Beri anak-anak senarai sifir 2. Kalau boleh print yang cantik-cantik. Anak-anak seronok sikit. Boleh guna yang saya berikan ni.

Ok bahagikan 12 baris sifir tu kepada 2. Supaya anak tak nampak banyak sifir tu.

Teknik yang saya akan share ni adalah teknik hafal jawapan sahaja (banyak lagi teknik lain, nanti ada masa saya share).

Ok minta anak-anak hafal 3 jawapan baris pertama dulu. Jika anak hebat menghafal, bagi hafal 6 baris pertama terus pun boleh.

Ok sambil hafal tu wajib keluarkan jari. Contoh 1x2, keluarkan jari pertama menandakan itu untuk sifir 1x2. 2x2, keluarkan jari kedua. 3x3 keluarkan jari ketiga. Ini bertujuan bila anak dah hafal nanti, mereka boleh kira semula jawapan untuk sifir-sifir tertentu.

Ok contoh ya

1x2=2

2x2=4

3x2=6

4x2=8

5x2=10

6x2=12

Jadi minta anak anak sebut 2,4, 6 (sambil keluarkan jari pertama kedua ketiga).

Kemudian ambil kertas sifir tadi dan tutup.

Minta anak ulang semula.

Jika berjaya, buka balik sifir hafal baris seterusnya. Iaitu 4x2=8.

Suruh anak tutup semula sifir. Dan lafazkan dari atas. 2,4,6,8. Jika cantik bacaannya, suruh anak buka semula kertas sifir, baca baris seterusnya. 2x5=10. Tutup semula kertas sifir dan baca dari awal. 2,4,6,8,10.

Ulang step ni sampai habis sifir 2x12=24.

Lepas dah berjaya hafal sifir 2 mengikut turutan ini, tugas parents untuk tanya anak-anak sifir 2 secara rawak

Ini untuk uji hafalan anak. Baru mereka akan melatih otak mereka untuk guna sifir tersebut. Bukan sekadar hafal mengikut turutan.

Tamat sifir 2, boleh teruskan sifir 5, 10, 11.

Sifir-sifir ini sebenarnya sekejap sahaja anak-anak boleh hafal.

Bila anak anak berjaya hafal 4 sifir mudah ni, beri pujian.

Haa, tengok. Kamu dah berjaya hafal 4 sifir. Hebatttt! Sebelum ni kamu rasa susah kan. Sebenarnya boleh je hafal.

Biasanya lepas kita beri pujian begini, anak-anak lebih semangat nak hafal.

Dan mereka dah tahu teknik menghafal dengan betul

Hafal satu-satu, ulang dari atas.

Insya-Allah boleh.

Buatlah sampai sifir 12.

Dah hafal sifir, wajib buat latih tubi sifir tau.

Baru lah melekat sifir tu dalam kepala selalu.

Dan parents ingat, kalau harini hafal, esok mungkin anak akan lupa.

Itu normal

Jadi tugas kita untuk remind anak hafal.

Kalau dah pernah hafal sebelum ni tapi lupa, bagi mereka masa dalam 5-10 minit je bersama sifir tersebut, mesti hafal semula. Sebab nombor nombor tu dah ada dalam kepala mereka.

Kalau tak percaya, cubalah.

Insya-Allah anak-anak boleh hafal sifir.

Tapi wajib parents tunggu depan anak.

Kejap je. Kalau takde masa, buat sehari 1 sifir pun ok.

Kalau tak tunggu bersama anak, memang anak takkan hafal. Sebab mereka tak fokus. Fikir itu ini. Dan tak ada push factor.

Kalau bersama mereka, mereka akan semangat.

Dah hafal sifir banyakkan latih tubi ya.

Pastikan anak-anak hafal sifir, kalau boleh kurangkan guna kaedah magic atau short cut.

Sifir ni jantung matematik.

Kena hafal!

Perkongsian ikhlas

Cikgu Shaza

Sumber: Facebook Nurul Shazalina Zainudin

Tip menarik:

Cara cikgu ini bina lukisan oblik buat pelajar Tingkatan Empat seronok belajar

'Panduan langkah demi langkah bina Google Classroom sendiri berserta video' - Cikgu boleh cuba ni