GURU Matematik Sekolah Kebangsaan SLDB No.1, Mukah Sarawak, Cikgu Mohamad Hakim Mohammad Nor berkongsi tajuk bagi subjek Matematik Tahap Dua.

"Panjang, jisim dan isipadu cecair adalah tajuk penting yang perlu murid Tahap Dua ulangkaji daripada sekarang.

"Ini kerana, tajuk ini bagaikan satu kemestian yang pasti akan disoal dalam mana-mana ujian Matematik," katanya.

Menurut Cikgu Mohamad Hakim, di bawah tajuk ini, terdapat empat kemahiran yang perlu murid-murid hadam.

"Empat kemahiran tersebut adalah kemahiran asas; alat pengukur; menukar unit dan simulasi dan amali.

"Saya berharap murid-murid terbabit, dapat belajar daripada sekarang.

**********

Empat kemahiran

1) Asas

Asas bagi tajuk ini adalah murid mesti tahu unit-unit yang digunakan bagi tajuk ini.

Panjang - km, m, cm, mm

Jisim - kg, g

Isipadu cecair - liter dan mililiter

 

2) Alat pengukur

Alat pengukur yang popular digunakan bagi tajuk ini adalah,

Panjang - pembaris (cm/m)

Jisim - penimbang

Isipadu cecair - bikar, silinder penyukat

Setiap alat pengukur ini akan datang dengan skala yang berbeza. Jadi, murid kena tahu membaca setiap alat pengukur ini.

 

3) Menukar unit

Penukaran unit adalah kemahiran asas bagi tajuk ini.

Pertama, murid perlu kuasai gambar rajah penukaran unit.

Kedua, proses penukaran unit.

Ketiga, baru mereka boleh menghafal. Jangan galakkan anak kita untuk menghafal tanpa mengetahui proses penukaran tersebut.

 

4. Simulasi dan amali

Pembelajaran secara simulasi dan amali akan sangat-sangat membantu anak kita untuk berfikir dan mengembangkan idea mereka.

Tak perlu susah, ambil pembaris dan ukur panjang permukaan meja. Ini adalah contoh amali yang boleh dilakukan.

Semoga membantu.

Sumber: Facebook Mohamad Hakim

Tip menarik:

Nota dan kuiz ‘Adab Berpakaian’ untuk murid Tahun Empat - Perkongsian Ustazah Syafiqah Nabilah

Cara tengok 'responses' ataupun jawapan pelajar di Google Form

Cikgu Rahimi kongsi nota Matematik Tambahan untuk calon SPM mudah faham