Perkara paling sukar, adalah mengingati fakta, namun dengan teknik 'bunga ros' yang diperkenalkan oleh Guru dari SK Batu Luking, Sarawak, Cikgu Asraf Selajudin ini, pelajar tidak lagi sukar untuk mengingat.

Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu (Bab 1 Sejarah Tingkatan 4). Ini merupakan sebahagian daripada bab pertama yang diajar dan diperkenalkan dalam silibus terbaru ini. Ramai pelajar yang dah pening nak ingat dan kenalpasti ciri-cirinya.

Cikgu sejarah tak perlu risau lagi sebab pelajar mudah ingat ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu dengan hanya melukis bunga ros yang "simple."

Bila saya kata masalah ini boleh diselesaikan dengan hanya melukis sekuntum bunga ros, ramai pula yang bertanya:

" Cikgu benarkah dengan hanya melukis bunga ros yang "simple" kita boleh tahu ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu? "

Saya jawab: " Ya, memang boleh sangat. "

Jadi saya ingin kongsikan dengan semua bagaimana dengan hanya melukis sekuntum bunga ros dapat memudahkan murid mengingati ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu.

~ Cikgu Asraf ~

#gurudipedalamansarawak

Tip Menarik:

Tip lulus Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR 2020

Hafal formula 'Memori Mengarang', murid pasti skor Bahasa Melayu UPSR

Guru Cemerlang kongsi tip Sejarah SPM 2020 - Kuasai Kertas 1,2 dan 3 untuk dapat markah penuh