CIKGU nak share teknik dan cara belajar Matematik supaya pelajar dapat skor A dalam subjek ni.

Untuk dapat result macam ni perlukan kepada teknik dan cara belajar subjek Matematik dengan betul.

1) Fokus dalam kelas

Otak manusia perlu fokus hanya pada satu perkara sekiranya dia ingin mencerap semua fakta ke bahagian ingatannya. So, fokus adalah perkara utama yang wajib dilakukan semasa belajar Matematik dalam kelas.

Fokus macam mana jalan kira sesuatu soalan yang diberi oleh guru. Bila kita fokus, kita tahu di mana yang kita tak faham dan di mana yang kita faham. Kalau tak faham, tanda siap-siap dan bersedia untuk pergi berjumpa guru.

2) Wajib latihan Matematik 1 jam 30 minit setiap hari

Selalu mesti akan ada suara-suara negatif akan cakap...eh tak sempatlah nak buat latihan... banyak kerja sekolah...nak study subjek lain lagi.

Ketepikan semua suara-suara negatif tersebut. Apa yang wajib kita buat, schedule kan waktu bila latihan Matematik wajib di buat.

Saya suka letakkan masa study Matematik saya adalah dari pukul 12 malam – 1.30 pagi, sebabnya time ni dah study akhir. Jadi saya wajibkan buat latihan soalan Matematik dalam lima soalan yang baru dipelajari di sekolah.

Matematik adalah subjek mengira. Jika kita hanya membaca formula dan gerak kerja hitungan, kita tidak mampu pergi dengan lebih lanjut. So, mesti wajib buat latihan Matematik setiap hari. Dont ever to miss dari buat latihan. Matematik adalah subjek yang mesti dibuat latihan setiap hari untuk mengelakkan lupa di samping melatih otak untuk aktif bekerja dalam proses gerak kerja operasi mengira.

3. Wajib ada cikgu @ rakan berbincang

Soalan-soalan Matematik selalunya mencabar dan memerlukan proses berfikir luar dari kebiasaan. Ini kerana Matematik adalah subjek untuk menyelesaikan masalah. Dan juga Matematik adalah subjek berfikir. Bagi pelajar yang boleh berfikir LUAR KEBIASAAN, insya-Allah dia mesti mampu selesaikan jalan kira Matematik.

Sebaliknya kalau pelajar tersebut tidak mampu berfikir lebih dari biasa, itu yang problem baginya, time ni dia akan fikir susahnya belajar Matematik.

So, apa yg perlu buat adalah, wujudkan rakan khas untuk belajar Matematik. Wujudkan di sekolah.

Di sekolah, share dengan rakan yang bijak Matematik kenapa kita tak mampu jawab soalan tersebut. Minta kawan tunjukkan cara berfikir untuk solve soalan. Bukan bermakna minta kawan buatkan, sebaliknya minta kawan ajar proses berfikir untuk selesaikan soalan Matematik tersebut.

Habit saya masa zaman sekolah dulu, sekiranya saya tak faham soalan-soalan yang saya buat, esoknya saya akan bawa soalan tu dan pergi jumpa guru. Yes, memang habit saya jumpa cikgu. Saya tanda soalan-soalan yang saya buat setiap malam tu then minta cikgu bagi idea untuk pengiraan tersebut. So, saya sentiasa di landasan yang betul...means kalau tak tahu, saya minta cikgu fahamkan saya. Sebab tu saya ada banyak IDEA untuk menjawab soalan yang bermasalah... bukan sekadar soalan biasa.

4. Latihan soalan Matematik yang susah dan mencabar minda

Saya sangat suka buat latihan bagi soalan-soalan yang mencabar minda saya. Saya suka soalan yang perlukan saya berfikir luar dari biasa.

Akibat dan kesannya ialah...kita @ pelajar akan terbiasa dan terdedah dengan soalan yang mencabar minda dan susah. So bila exam nanti, kita sudah biasa untuk menjawab soalan susah.

Soalan exam selalunya lebih mudah daripada level susah tu...sebab soalan exam perlukan keseimbangan antara susah dan senang.

Jadi sudah tentu soalan yang senang kita mudah buat sebab selalu kita buat latihan untuk soalan yg susah.

At the same time, soalan exam yang susah pun mudah untuk diselesaikan oleh kita.  Itulah trick dan cara seorang pelajar belajar subjek Matematik. buat latihan bagi soalan susah.

5. Formula Matematik

Perkara ni wajib bagi pelajar hafal dan ingat sebab pelajar tidak dapat lari daripada formula Matematik. Formula Matematik perlu digunakan dalam setiap operasi hitungan Matematik. Biasakan diri menghafal formula Matematik...penting sangat untuk skor A.

6. Tip akhir: Tanamkan dalam diri dan minda pelajar bahawa belajar Matematik amat mudah

Yakinkan diri bahawa belajar Matematik amat mudah.

Bila minda dan pemikiran cakap mudah, so bila cikgu ajar subjek Matematik, diri akan rasa gembira dan enjoy nak belajar. Bila enjoy belajar Matematik, baru mudah nak kuasai silibus yang diajar guru.

Bila mudah kuasai, baru rasa seronok belajar. Walaupun rasa susahnya jalan kira yang cikgu ajar tu, just rasa susah tapi set kan dalam minda “senang je ni sebab aku boleh belajar jalan kiranya. Dah tahu jalan kira, mudahlah”.

So belajar Matematik mudah bila kena dengan tekniknya. Saya suka Matematik.

Sumber: Blog Cikgu Iznan - Inovasi Matematik

TIP MENARIK:

Tip Skor A Matematik UPSR - Mak ayah wajib ambil tahu perkara ini

Mahu fasih berbahasa Inggeris? Jangan malu untuk cuba sembilan rahsia mudah dan ringkas ini

UPSR dah dekat...Ini kami kongsi 10 tip Skor A Sains UPSR

UPSR makin hampir, sudah bersedia untuk menjadi pelajar cemerlang?

Murid Tahap Satu masih belum kuasai Matematik? Guru subjek ini kongsi tip untuk ibu ayah ikut