GURU Pengajian Perniagaan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak, Kuala Lumpur, Karthikeyan V. Devakaran Nair berkongsi strategi dan teknik menjawab bagi subjek Pengajian Perniagaan Semester 1 STPM 2020.

"Diharapkan perkongsian ini dapat membantu pelajar," katanya kepada GPS Bestari.

**********

Bahagian A Esei Pendek

Topik dalam Pengajian Perniagaan STPM (Semester 1)

946/1 (Perniagaan)

  • Perniagaan dan perkitaran
  • Pengeluaran
  • Pemasaran
  • Kewangan
  • Sumber manusia

Teknik Menjawab 946/1

Bahagian A

1. Anda diberi 10 soalan pendek

2. Jawab semua soalan

3. Perkara asas dalam sesuatu soalan

Contoh 1

Huraikan tiga rekabentuk pengeluaran bagi industri otomobil

Kata tugas            : Huraikan

Bilangan fakta      : 3

Apa yang ditanya : rekabentuk pengeluaran

Situasi                   : industri otomobil

Contoh 2

Huraikan dua jenis ujian pemilihan yang sesuai untuk mencari calon yang terbaik bagi jawatan pramugara dan pramugari dalam sebuah syarikat penerbangan [4 markah]

1) Contoh soalan berdasarkan kata tugas dan teknik menjawab

A) Nyatakan/Senaraikan/Berikan:

Hanya berikan fakta tanpa huraian. Ayat lengkap jika diminta nyatakan kepentingan/peranan/sumbangan/kebaikan/kelemahan

Nyatakan proses pemasaran [5 markah]

Proses pemasaran ialah

  • Menilai peluang-peluang pemasaran
  • Memilih sasaran pasaran
  • Membina campuran pemasaran
  • Mengurus usaha pemasaran

B) Terangkan:

Berikan fakta diikuti oleh huraian/contoh yang sesuai. Pastikan huraian berbentuk ayat yang lengkap

Terangkan tiga langkah pertama dalam proses pemasaran [6 markah]  

Tiga langkah pertama dalam proses pemasaran ialah

  • Menilai peluang-peluang pemasaran iaitu pengeluar membuat kajian pasaran untuk mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk dipasarkan setelah mengambil kira faktor persekitaran dalaman dan luaran. Contohnya berdasarkan kajian pasaran, pengeluar bercadang untuk mengeluarkan sabun cuci murah individu berpendapatan rendah
  • Memilih sasaran pasaran iaitu membahagi pasaran kepada beberapa segmen dan memilih segmen yang boleh membawa keuntungan. Contohnya pengeluar memilih  pasaran penduduk luar bandar untuk menjual sabun cuci
  • Membina campuran pemasaran iaitu membentuk strategi pemasaran yang terdiri daripada strategi harga, produk, pengedaran dan promosi. Contohnya pengeluar menggunakan khidmat pemborong dan peruncit untuk memasarkan produk sabun cuci murah.

2) Soalan berdasarkan situasi:

Jawapan perlu dikaitkan dengan situasi yang diberikan.

Semasa berada di pusat membeli belah, Puan Maimunah telah membeli 1 paket sabun mandi. Beliau juga membeli sebuah alat pengisar (blender) jenama Panasonic. Puan Maimunah membeli sebotol minyak wangi berharga RM400 sebagai hari jadi untuk suaminya.

Terangkan jenis produk pengguna berdasarkan situasi di atas [6 markah]

Jenis produk pengguna dalam situasi di atas ialah

  • Produk mudah beli iaitu produk yang kerap dibeli oleh pengguna. Dalam situasi di atas sabun mandi merupakan produk mudah beli
  • Produk beli belah iaitu produk yang tidak kerap dibeli oleh pengguna. Dalam situasi di atas alat pengisar merupakan produk beli belah.
  • Produk istimewa iaitu produk yang mempunyai ciri unik . Dalam situasi di atas, minyak wangi merupakan produk istimewa

A) Jelaskan:

Anda perlu beri fakta dikuti oleh contoh yang sesuai

Jelaskan tiga langkah pertama dalam proses pemasaran [6 markah]

Tiga langkah pertama dalam proses pemasaran ialah

  • Menilai peluang-peluang pemasaran iaitu pengeluar membuat kajian pasaran untuk mengenalpasti produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk dipasarkan setelah mengambilkan faktor persekitaran dalaman dan luaran. Misalnya pengeluar bercadang untuk mengeluarkan sabun cuci yang  murah setelah mengambil kira keperluan pengguna dalam pasaran.
  • Memilih sasaran pasaran iaitu membahagi pasaran kepada beberapa segmen dan memilih segmen yang boleh membawa keuntungan. Pengeluar bercadang untuk memasarkan sabun cuci kepada penduduk luar bandar.
  • Membina campuran pemasaran iaitu membentuk strategi pemasaran yang terdiri daripada strategi harga, produk, pengedaran dan promosi. Sabun cuci dijual dengan harga yang rendah dan boleh didapati di semua kedai runcit dan pasar raya.

B) Huraikan:

Beri fakta diikuti oleh lebih daripada satu huraian

Huraikan dua pendekatan pemasaran [6 markah]

Dua pendekatan pemasaran ialah

  • Pendekatan pengeluaran. Pendekatan ini membuat andaian bahawa pengguna akan beli apa jua barang yang ada di pasaran. Pengeluar akan mengeluarkan barang secara besar-besaran. Ini untuk memastikan produk dapat dikeluarkan dengan kos yang rendah agar dapat dijual dengan harga yang murah.
  • Pendekatan produk. Pendekatan ini membuat andaian bahawa pengguna suka produk yang berkualiti dan berinovasi. Pengeluar beri tumpuan kepada penghasilan produk berkualiti dengan reka bentuk yang menarik serta ada ciri-ciri inovatif.

3) Membandingkan dua aspek dengan menyatakan kelebihan/ mengapa dipilih

Jelaskan kelebihan milikan berbentuk perkongsian berbanding dengan milikan tunggal

Kelebihan perkongsian berbanding milikan tunggal ialah [6 markah]

  • Risiko perniagaan ditanggung bersama dan ini dapat mengurangkan risiko yang ditanggung oleh setiap pemilik berbanding milikan tunggal yang menanggung semua risiko secara persendirian. [2 markah]
  • Dapat mengumpul kepakaran dan kemahiran yang berlainan kerana ada ramai rakan kongsi berbanding pemilik  tunggal mempunyai kepakaran dan kemahiran yang terhad. [2 markah]
  • Rakan kongsi boleh menjalankan pengkhususan kerja mengikut kemahiran dan kepakaran yang dimiliki berbanding pemilik tunggal yang terpaksa melakukan semua kerja dengan sendiri. [2 markah]

Menjelaskan kesan/tindakan/impak sesuatu peristiwa atau situasi kepada perniagaan

Nyatakan tindakan yang boleh diambil oleh sebuah syarikat yang menghadapi masalah aliran tunai.

Tindakan yang boleh diambil oleh syarikat yang menghadapi masalah aliran tunai [4 markah]

  • Mendapatkan overdraf atau pinjaman janga pendek
  • Menggalakkan jualan secara tunai
  • Memendekkan tempoh pungutan kredit
  • Meningkatkan belian secara kredit

Soalan lain

1. Kesan pemberian BR1M

2. Kesan peningkatan teknologi

3. Kesan kepada ekonomi Malaysia akibat perang perdagangan antara China dengan USA

Jelaskan perbezaan:

Jawab dalam bentuk jadual dengan menyatakan aspek @dimensi yang dibezakan

Jelaskan dua perbezaan antara risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans. [4 markah]

Perbezaan antara risiko boleh insurans dengan risiko tidak boleh insurans ialah

Soalan yang memerlukan langkah/ proses - mesti mengikut turutan yang betul

1. Proses perniagaan- input, proses tambah nilai, output, pemasaran, dan untung/rugi;

2. Proses pengeluaran-  input, proses transformasi, output dan maklum balas

3. Proses kawalan kualiti- rancang, buat, semak, dan tindakan

4. Proses pemasaran -menilai peluang-peluang pemasaran, memilih sasaran pasaran, membina campuran pemasaran, dan mengurus usaha pemasaran

5. Proses keputusan pembelian produk  pengguna yang merangkumi mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, menilai alternatif, membuat keputusan pembelian, dan gelagat selepas pembelian

6. Proses pembelian produk baru merangkumi menyedari, meminati, menilai, mencuba, dan menerima

7. Proses pembelian produk industri merangkumi mengenal pasti masalah, mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan spesifikasi produk, mencari pembekal,  membuka tender, memilih pembekal, memesan produk, dan menilai prestasi pembekal.

8. Penyelidikan pemasaran yang merangkumi mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif, membentuk rancangan penyelidikan, melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data, dan menginterpretasikan dan melapor penemuan.

9. Proses peletakan pasaran -menentukan pasaran sasaran (targeted market), menyesuaikan produk dengan pasaran, dan mengkomunikasikan ciri-ciri produk

10. Proses perancangan sumber - analisis kerja (penghuraian kerja dan spesifikasi kerja), menentukan keperluan, dan memenuhi keperluan;

11. Proses pengambilan yang merangkumi menarik minat, pemilihan, penawaran kerja, dan induksi

12. Proses tindakan disiplin -amaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman

Soalan yang memerlukan rajah/ grafik

  • Proses pengeluaran
  • Kitaran hayat produk
  • Matriks BCG
  • Model gelagat pengguna
  • Campuran produk- kelebaran dan kedalaman
  • Analisis titik pulang modal

Soalan pengiraan

  • Penentuan harga berdasakan kos - harga tokokan, pulang modal
  • EOQ dan ROP
  • Pengiraan dan pentafsiran nisbah kewangan

             (Tunjukkan jalan kerja yang lengkap)

Kesilapan calon

1. Takrifkan keuntungan dan berikan tiga kepentingannya [4 markah]

Untung ialah lebihan hasil daripada kos.

Tiga kepentingan untung ialah

  • Ganjaran
  • Modal perniagaan
  • Penakatan

(kepentingan untung mesti dalam ayat yang lengkap)

Jawapan yang lebih tepat

  • sebagai ganjaran kepada usahawan kerana menanggung risiko
  • untung dijadikan modal tambahan untuk  mengembangkan pernuagaan
  • sebagai penakatan iaitu meneruskan operasi perniagaan

2. Nyatakan langkah –langkah dalam proses perniagaan [5 markah]

Langkah langkah dalam proses perniagaan ialah input, proses transformasi, pemasaran, output serta untung/ rugi

(Salah fakta- proses transformasi sepatutnya proses tambah nilai, susunan mesti ikut turutan)

3. Nyatakan empat langkah pertama dalam proses keputusan pembelian produk pengguna [4]

  • Mengenal pasti keperluan dan kehendak
  • Mengumpul maklumat
  • Menilai alternatif
  • Membuat pembelian

(mesti ikut sukatan - mengenal pasti keperluan, mencari maklumat, membuat keputusan pembelian)

4. Jelaskan tiga perbezaan antara milikan tunggal dengan perkongsian [6 markah]

(mesti ada dimensi/aspek perbandingan)

5. Jelaskan tiga perbezaan antara persekitaran umum dengan persekitaran tugas [6 markah]

(kedua-dua ayat mesti berdasarkan dimensi yang diberikan)

6. Jelaskan sumbangan mana-mana dua pihak berkepentingan kepada sebuah pasar raya [6 markah]

sumbangan mana-mana dua pihak berkepentingan kepada sebuah  pasar raya

Pelanggan

Pelanggan menyumbangkan pendapatan kepada perniagaan. Oleh itu perniagaan perlu menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan

Pekerja

Pekerja ialah orang yang menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam aktiviti perniagaan. Pembayaran gaji dan upah yang berpatutan akan mengekalkan pekerja dalam organisasi.

(perlu kaitkan dengan situasi iaitu pasar raya)

7. Huraikan persekitaran umum yang berikut:

a.     Persekitaran ekonomi [3 markah]

b.     Persekitaran prasarana  [3 markah]

Persekitaran ekonomi merupakan persekitaran yang amat mempengaruhi sesebuah perniagaan. Aktiviti perniagaan bergantung sepenuhnya kepada persekitaran ekonomi. Oleh itu persekitaran  ekonomi perlu diambil kira oleh perniagaan apabila membuat keputusan perniagaan.

Persekitaran prasarana juga memberi kesan besar kepada perniagaan. Persekitaran prasarana yang baik akan membantu meningkatkan prestasi perniagaan. Oleh itu persekitaran prasarana perlu diambil kira oleh pihak pengurusan apabila memilih lokasi perniagaan.

(Huraian yang terlalu umum, mengulang dan tidak menjelaskan konsep yang diberikan)

8. Huraikan dua hubungan antara jabatan pengeluaran dengan jabatan pemasaran [4 markah]

Jabatan pengeluaran bertanggung jawab untuk mengeluarkan barang. Pengeluaran barang yang bermutu dan inovasi akan meningkatkan kepuasan pelanggan. Jabatan pengeluaran perlu memastikan pengeluaran barang bersesuaian dengan cita rasa pengguna. Jabatan pengeluaran juga perlu memastikan bekalan barang mencukupi apabila diperlukan oleh pengguna.

Jabatan pemasaran bertanggungjawab untuk memasarkan produk sesebuah firma. Jabatan pemasaran akan membuat program promosi yang berkesan untuk meningkatkan jualan. Jabatan ini juga akan membuat anggaran jualan. Jabatan pemasaran juga menjalankan penyelidikan pemasaran untuk mengumpul maklumat tentang citarasa dan keperluan pelanggan.

(Tidak menunjukkan hubungan antara jabatan: Contohnya jabatan pengeluaran mendapatkan maklum balas produk daripada pelanggan dan jabatan pengeluaran akan membuat penambahbaikan berdasarkan maklumat yang diterima)

9.  Syarikat  perabot Waja Berhad memerlukan  200 tan kayu lapis setiap minggu. Syarikat ini beroperasi 50 minggu setahun. Kos memesan kayu lapis ialah RM100 setiap  pesanan dan kos pegangan ialah RM20 setiap tan. Syarikat memesan sebanyak 500 tan kayu lapis bagi setiap pesanan.

a. Hitung kos tahunan  yang perlu dibayar oleh syarikat itu [2 markah]

b. Hitung kuantiti pesanan ekonomi (EOQ) bagi syarikat itu [2 markah]

c. Hitungkan jumlah kos tahunan yang perlu dibayar jika EOQ dipesan [2 markah]

Kos tahunan: [DS/Q] + [QH/2]

                      : [200x100 / 500] + [500x20/2]

                      : 40+ 5000

                      : RM5040

D ialah permintaan tahunan iaitu 10 000. 200 tan  X  50 minggu)

Tip Penting:

Tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan lima. Ada sembilan bab semuanya

Cikgu Rosle kongsi 10 tajuk ramalan Sejarah SPM bagi tingkatan empat. Dah boleh hafal sekarang!

Skor subjek Fizik SPM dengan empat tip mudah daripada Cikgu Ajwad

'Tiga pantang larang yang perlu calon ingat semasa menjawab Fizik SPM'- Cikgu ini kongsi rahsianya

'Calon perlu buat enam perkara ini jika mahu skor A+ Kimia SPM' - Pesanan Guru Kimia

Pecutan akhir lulus Kimia SPM - Cikgu Natasya Haswani kongsi empat tip mudah untuk pelajar kuasai