Modul Kluster 3, Bahasa Melayu Pemulihan Khas muncul hari ini. Diharap anak dan anak didik dah laksanakan Uji Diri Kluster 1 dan 2.

Semoga mereka telah kuasai kemahiran tersebut. Ada yang beritahu tidak dapat cetak kerana tidak ada mesin cetak.

Senang sahaja, semua masalah ada penyelesaiannya. Matlamat PROGRAM GURU RUMAH ialah memberikan ibu bapa atau guru ruang untuk kreatif. Ruang untuk bijak sebagai GURU RUMAH.

Kalau tidak ada pencetak, bimbing anak atau anak didik lukis semula gambar yang disediakan dan warnakan. Diikuti salin dan sebut serta baca semula apa yang telah ditulis. Tampal gambar yang telah dan dilukis. Buat dalam buku tulis atau pada helaian kertas.

Ada juga yang kreatif anak beranak, tampal atas surat khabar. Ini yang dinamakan kebijaksanaan dalam PROGRAM GURU RUMAH. Silakan kongsi kepada yang memerlukan.

https://online.flippingbook.com/view/943614/

Untuk memudahkan ibu bapa dan guru, Guru Pemulihan Khas SK Kg Soeharto, menyediakan Modul Kluster 3 dalam bentuk flipbook. Semoga ia dapat memudahkan ibu bapa mendidik anak di rumah.