SEDIKIT perkongsian berkenaan Tip Menjawab Soalan Sains UPSR (Kertas 2) yang disediakan Cikgu Norhayaty Yahya dari SK Binjal.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu McNor berkata, antara yang dikongsi ialah tip menjawab soalan-soalan berkaitan kps pemerhatian, membuat Inferens, mentafsir data, mendefinisi secara operasi dan mengawal pemboleh ubah bagi calon UPSR.

Dalam video berdurasi kira-kira 30 minit itu, Cikgu McNor turut menerangkan beberapa kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon UPSR (Kertas 2).

Antaranya

1)    Tidak mengenalpasti kehendak soalan

2)    Tidak membuat perbandingan bagi pemerhatian/ inferens

3)    Alasan yang diberi tidak konkrit/ tidak kukuh/ kurang jelas  

4)    Pembolehubah tanpa parameter yang sesuai/ tiada parameter

5)    Membuat kesimpulan yang terlalu umum

6)    Penggunaan perkataan yang tidak sesuai/ terlalu ringkas

7)    Ayat tidak lengkap/ tidak menulis unit/ jalan pengiraan terlalu ringkas

Mari ikuti video ini.

https://youtu.be/9VZAPIvpTK4

- Cikgu McNor pernah menerima anugerah Guru Cemerlang Sains Sekolah Rendah, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016, Ikon Guru STEM Sekolah Rendah KPM 2018 dan Guru Akademik Cemerlang Daerah Kubang Pasu 2019.

Cikgu McNor

Tip menarik:

Nota dan kuiz ‘Adab Berpakaian’ untuk murid Tahun Empat - Perkongsian Ustazah Syafiqah Nabilah

Cara tengok 'responses' ataupun jawapan pelajar di Google Form

Cikgu Rahimi kongsi nota Matematik Tambahan untuk calon SPM mudah faham