SUDAH masuk hari ke enam negara kita di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19.

Apabila duduk di rumah, guru dan pelajar juga perlu menjaga kebersihan diri agar terhindar daripada virus pendemik itu.

Di sini kami kongsikan cara pencegahan daripada Guru Sains SK Cheras Indah, Nazim Mustapah yang diperolehi daripada pengamal kesihatan dari UK.

Ini tip yang berjaya beliau dapatkan daripada rakaman suara.

Cara pencegahan daripada terkena Covid-19 di rumah;

1. Minum makanan/air panas suam (kopi, teh, sup)

2. Minum air suam biasa setiap 20 minit. (Virus yang melekat pada kerongkong akan di bawa ke proses penghadaman dan dineutralkan di sana)

3. Kumur dengan cecair antiseptik/larutan garam suam/cuka/lemon setiap hari.

4. Mandi terus sebaik pulang dari luar. Jangan duduk-duduk atau pegang ahli keluarga. Virus kerap melekat di baju dan rambut. Sabun mandi berbuih dapat bunuh virus ini.

5. Kalau tak basuh baju setiap hari, pastikan jemur baju kotor itu di bawah cahaya Matahari

6. Hati-hati dengan pemegang logam (handrail,tombol pintu). Cuci tombol pintu di rumah dengan kerap. (Virus Covid-19 boleh hidup sehingga 9 hari di permukaan logam).

7. Jangan merokok/vape. Virus boleh tersebar melalui asap hembusan/titisan wap air daripada vape.

8. Basuh tangan setiap 20 minit selama 20 saat menggunakan sabun berbuih.

8. Makan sayur dan buah

9. Haiwan tak sebar virus kepada manusia.

10. Elak daripada terkena selsema biasa dan demam (antibodi lemah, Covid-19 mudah menyerang).

11. Jika mula sakit tekak, usahakan makan ubat sakit tekak.

Selamat #dudukrumah cikgu semua ya.

Artikel lain:

'Zoom Cloud Meeting' cara Cikgu Mazliza

Selain Raatchasi, ini 20 filem menarik berkait dunia guru dan pendidikan

Cikgu Mc Nor ajar empat langkah mudah buat sendiri 'hand sanitizer' kos hanya RM22 untuk satu liter

Terbaiklah, JPN Johor sediakan pembelajaran digital, altenatif PdP musim cuti Covid-19