Cikgu mungkin sudah biasa berhadapan dengan permasalahan ini. Adakalanya bukan seorang dua, tetapi ramai yang mempunyai masalah yang sama untuk menukar unit kilogram kepada gram.

Ikuti perkongsian Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai Kuala Lumpur, yang juga Tenaga Pengajar Utama Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) Pusat STEM Negara, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif ini.

Sangat mudah! Hanya dengan menggunakan jari, murid boleh terus mencongak, dan menukar kilogram kepada gram. Paling penting, murid tidak perlu lagi mendarabnya dengan 1000.

Seronokkan?

1.  Kemahiran menukar unit dalam topik Jisim sering menjadi masalah dalam kalangan murid. Hal ini amat merugikan murid kerana dalam pentaksiran bilik darjah(PBD) mahupun Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) kemahiran ini merupakan kemahiran asas yang sering diuji.

2.  Kegagalan murid menguasi kemahiran tersebut menyebabkan murid gagal mencapai tahap minimum. Ia benar-benar merugikan murid.

3.  Sebelum ini saya mengajar murid dengan cara, kaedah yang sama seperti kebiasaan guru lain. Contohnya, apabila soalan meminta murid menukar 5.35 kilogram, kg kepada gram, g saya akan meminta murid mendarab dengan 1 000 melalui kaedah pemindahan titik perpuluhan.

4.  Ternyata ia menjadi masalah apabila murid keliru antara darab dengan bahagi untuk memindahkan titik perpuluhan.

5.  Setelah melakukan  sedikit bacaan dan kajian tindakan ringkas, saya dapati penukaran unit menggunakan jari ini ternyata mampu menyelesaikan masalah tersebut.

6.  Murid bukan sahaja dapat memberikan jawapan dengan baik, bahkan mereka gembira apabila dapat melakukan aktiviti di dalam kelas.

7.  Penukaran unit menggunakan jari ini juga tidak terhad bagi jisim sahaja, bahkan saya telah menggunakannya bagi topik panjang, isipadu cecair, masa dan waktu serta wang.

8.  Apa yang penting bagi saya, sebagai seorang guru kita perlu sentiasa memberi ruang kepada murid untuk mereka meneroka ilmu Matematik dengan pelbagai kaedah dan aktiviti yang pelbagai.

Menarik lain:

Guna duit sendiri beli bahan melukis untuk pelajar. Inilah kasih seorang guru…

Bentang projek secara maya, ‘Three Storey Intellect’ Cikgu Marklin bawa tuah

Empat strategi skor A penulisan Bahasa Melayu SPM 2020...ini yang perlu pelajar lakukan

Tujuh tip ini mungkin membantu anda menjadi Guru Cemerlang. Semoga berjaya cikgu!