"JIKA saluran Tingkatan Enam pilihan anda, ini perkara serius yang benar-benar anda mesti beri perhatian.

Demikian kata Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa SMK Perwira Jaya, Muadzam Shah Pahang, Cikgu Ropizam San menerusi hantaran di facebooknya baru-baru ini.

Ketika dihubungi GPS Bestari, Cikgu Ropizam berkata, pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam, perlulah ada strategi.

"Ketika melangkah ke Tingkatan Enam Rendah, pastikan pelajar membuat perancangan dengan teliti mengenai bidang atau program yang ingin diceburi.

"Ini kerana, pemilihan bidang yang tepat akan memudahkan anda untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda nanti," katanya.

Untuk menjadi pelajar Tingkatan Enam yang super hebat, ikuti apa kata Cikgu Mohd Ropizam menerusi video Motivasi Pelajar STPM Tingkatan 6.

Artikel menarik

'Sikap Aiman hanya satu dalam seribu' - Guru luah rasa sebak bila Aiman buat ini padanya

'Mohon cikgu doakan saya walaupun hanya pelajar biasa' - Kata-kata Aiman buat netizen sebak