Bila ditanya pada pelajar sekarang..

"Anda suka belajar berkumpulan atau belajar secara individu?

Jawapan yang diterima, pasti pelbagai bukan.

Ada pelajar yang gemar belajar secara berkumpulan dan tidak kurang juga yang suka belajar secara individu.

Apa yang penting, ikut keselesaan dan cara pelajar itu suka kerana kedua-dua kaedah itu, tetap memfokuskan kepada kecemerlangan dalam pelajaran.

Bagi yang memilih untuk 'study group', posting Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad) boleh dicontohi pelajar di luar sana.

Jom kita hadam sama-sama 

 

 

**********

 

 

Belajar berkumpulan atau study group adalah antara cara yang terbaik untuk mengulang kaji.

Tapi bukan mudah nak membentuk kumpulan belajar yang baik.

Selalunya, belajarnya sekejap, masa bermain dan berhibur yang lebih.

Ini adalah 4 tip membentuk kumpulan belajar yang bermanfaat.

 

1) Keluar dari zon selesa anda

Untuk membentuk kumpulan belajar, adalah lebih baik dijalankan bersama-sama rakan yang kurang anda kenali,(senang kata bukan geng sangat). Ini dapat membantu anda membentuk perspektif yang baru dan lebih fokus kerana anda tahu kumpulan ini adalah kumpulan belajar. Bukan tak boleh kumpulan belajar dengan geng sendiri, cuma selalunya lebih main dari belajar.

 

2) Kumpulan dalam bilangan yang kecil

Bilangan kumpulan dalam 3 orang pelajar adalah baik.

Empat orang pelajar adalah bilangan yang ideal dan 6 orang pelajar sudah dianggap maksimum.

Jika melebihi 6 orang pelajar dikhuatiri tidak cukup masa untuk mengajukan dan berbincang persoalan.

Selain itu, digalakkan juga mempunyai seorang mentor atau tutor untuk mengawal hala tuju kumpulan.

Pepatah "semakin ramai semakin meriah" tidak sesuai dalam kumpulan belajar.

Jika kumpulan belajar dalam bilangan yang ramai dikhuatiri “semakin ramai semakin hilang hala tuju”

 

3) Siapkan plan tindakan sebelum kelas

Setiap pelajar mempunyai panduan dari segi topik dan bab yang mereka akan pelajari sama ada diperoleh daripada guru mahupun dari buku.

Selain itu boleh juga merujuk kepada objektif bagi setiap bab dalam setiap subjek.

Jadi rancangkan objektif perbincangan kumpulan sesuai dengan panduan tersebut.

Jika tidak pasti sama ada objektif yang anda rangka itu baik atau tidak, bolehlah rujuk dengan guru di sekolah.

 

4) Pilih tempat yang baik dan masa yang sesuai

Sebaiknya pilihlah tempat yang senyap. Rumah rakan, ruang kelas atau bilik belajar yang kosong adalah sesuai.

Menjalankan kelas di kafeteria juga pilihan yang baik asalkan kelas tidak dijalankan pada waktu makan. Waktu makan, ramai pengunjung di kafeteria mungkin mengganggu tumpuan belajar.

Antara petua memilih masa ialah tetapkan masa yang setiap ahli kumpulan boleh hadir dan setuju untuk hadir.

Bila dah setuju untuk “join” kenalah komited.

 

Sumber: Facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)

ARTIKEL BERKAITAN: Tip skor Fizik SPM..ini yang dikongsi Cikgu Ajwad untuk calon SPM 2019

ARTIKEL BERKAITAN: Guru ada di mana-mana..tetapi untuk menjadi pendidik, tidak semudah yang disangka

ARTIKEL BERKAITAN: Berdebar dilantik pengetua sekolah terbaik negara, akhirnya Cikgu Kamsah guna pendekatan ini