BILA ditanya pada pelajar sekarang...

"Anda suka belajar berkumpulan atau belajar secara individu?

Jawapan yang diterima, pasti pelbagai bukan.

Ada pelajar yang gemar belajar secara berkumpulan dan tidak kurang juga yang suka belajar secara individu.

Apa yang penting, ikut keselesaan dan cara pelajar itu suka kerana kedua-dua kaedah itu, tetap memfokuskan kepada kecemerlangan dalam pelajaran.

Bagi yang memilih untuk 'study group', posting Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad) boleh dicontohi pelajar di luar sana.

Jom kita hadam sama-sama

**********

Belajar berkumpulan atau study group adalah antara cara yang terbaik untuk mengulang kaji.

Tapi bukan mudah nak membentuk kumpulan belajar yang baik.

Selalunya, belajarnya sekejap, masa bermain dan berhibur yang lebih.

Ini adalah empat tip membentuk kumpulan belajar yang bermanfaat.

1) Keluar dari zon selesa anda

Untuk membentuk kumpulan belajar, adalah lebih baik dijalankan bersama-sama rakan yang kurang anda kenali,(senang kata bukan geng sangat). Ini dapat membantu anda membentuk perspektif yang baru dan lebih fokus kerana anda tahu kumpulan ini adalah kumpulan belajar. Bukan tak boleh kumpulan belajar dengan geng sendiri, cuma selalunya lebih main dari belajar.

2) Kumpulan dalam bilangan yang kecil

Bilangan kumpulan dalam tiga orang pelajar adalah baik.

Empat orang pelajar adalah bilangan yang ideal dan enam orang pelajar sudah dianggap maksimum.

Jika melebihi enam orang pelajar dikhuatiri tidak cukup masa untuk mengajukan dan berbincang persoalan.

Selain itu, digalakkan juga mempunyai seorang mentor atau tutor untuk mengawal hala tuju kumpulan.

Pepatah "semakin ramai semakin meriah" tidak sesuai dalam kumpulan belajar.

Jika kumpulan belajar dalam bilangan yang ramai dikhuatiri “semakin ramai semakin hilang hala tuju”

3) Siapkan plan tindakan sebelum kelas

Setiap pelajar mempunyai panduan dari segi topik dan bab yang mereka akan pelajari sama ada diperoleh daripada guru mahupun dari buku.

Selain itu boleh juga merujuk kepada objektif bagi setiap bab dalam setiap subjek.

Jadi rancangkan objektif perbincangan kumpulan sesuai dengan panduan tersebut.

Jika tidak pasti sama ada objektif yang anda rangka itu baik atau tidak, bolehlah rujuk dengan guru di sekolah.

4) Pilih tempat yang baik dan masa yang sesuai

Sebaiknya pilihlah tempat yang senyap. Rumah rakan, ruang kelas atau bilik belajar yang kosong adalah sesuai.

Menjalankan kelas di kafeteria juga pilihan yang baik asalkan kelas tidak dijalankan pada waktu makan. Waktu makan, ramai pengunjung di kafeteria mungkin mengganggu tumpuan belajar.

Antara petua memilih masa ialah tetapkan masa yang setiap ahli kumpulan boleh hadir dan setuju untuk hadir.

Bila dah setuju untuk “join” kenalah komited.

Sumber: Facebook Ajwad Ghali (Cikgu Ajwad)

TIP MENARIK:

10 topik Sains wajib ulang kaji menjelang UPSR - Ramalan Guru Pakar Sains, Cikgu Zazolnizam

Guru ini kongsi 10 panduan skor A subjek bahasa Melayu UPSR

Enam tip berkesan sebelum duduki peperiksaan

Cikgu ini kongsi rahsia skor markah mengikut seksyen soalan bahasa Inggeris penulisan UPSR

Cikgu Iznan kongsi 21 kaedah belajar untuk bantu pelajar cipta kejayaan...memang terbaiklah!