Ibu bapa mesti buntu, macam mana nak ajar anak di rumah kan. Jangan risau... ikuti sahaja perkongsian Guru Matematik Sekolah Kebangsaan Seri Suria, Taman Tan Yew Lai Kuala Lumpur, yang juga Tenaga Pengajar Utama Pembelajaran Matematik Secara Inkuiri (PMSI) Pusat STEM Negara, Cikgu Muhammad Rauf Fathi Hamid Latif ini.

1. Asas Nombor

  •  Bimbing anak mengenali nombor ikut kebolehan dan tahap anak.
  •  Bantu mereka kenal Nilai Tempat dan Nilai Digit.
  •  Bila mereka dah kenal Nilai Tempat dan Nilai digit, automatik mereka tiada masalah dalam Cerakin Nombor.
  •  Membundar Nombor. Ini isu utama murid Tahap 1. Kalau kita berjaya selesaikan lega banyak cikgu.

 

2. Operasi Asas

  •  Bagi anak Tahap 1 boleh bimbing guna abakus untuk operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Abakus ada dalam sukatan dan silibus ye!
  •  Kuasai Sifir. Puas dah suruh anak hafal tapi tak boleh? Tak apa. Kita ajar dia cara bina sifir. Berpuluh-puluh cara bina sifir ada. Google saja.

3. Pecahan, Peratus, Perpuluhan dan Pertukaran Unit, 4P

  •  Kembar Empat Beradik ini syarat wajib kuasai kalau nak cemerlang Matematik.
  •  Jangan pisahkan Pecahan, Peratus dan Perpuluhan. Bimbing anak perkaitan antara ketiga-tiganya.
  •  Bila anak dah kuasai perkaitan ketiga-tiganya automatik tiada masalah dalam Pertukaran Unit.

4.Formula asas

  •  Sekolah Rendah tak ada pun sampai kena ingat formula 2πr ke apa bagai. Jangan risau ye!
  •  Cukup boleh kuasai cara kira Perimeter, Luas dan Isipadu. Bukan susah mana pun.
  •  Untuk topik mod, min dan median pula nanti biar la anak belajar dengan Cikgu. Kalau semua kita ajar, cikgu nak ajar apa pula? Hahaha

 

Itu sahaja la perkongsian saya hari ini.

Semoga dipermudahkan urusan anak-anak kita sepanjang tempoh cuti PKPB ini.

#ucurauf

#cikgumatematik