Bolehkah anda selesaikan soalan Matematik ini?  Anda mathemaphobia?

Istilah ini merujuk kepada kebimbangan melampau sehingga terzahirnya rasa panik dan kebencian kepada subjek Matematik.

Seolah-olah, Mathemaphobia ini merupakan satu serangan yang membelenggu diri seseorang itu.

Namun, anda tidak akan dapat meningkatkan kemahiran diri, sekiranya berterusan mengelakkan daripada berhadapan dengan permasalahan ini.

Sepertimana golongan dewasa, kanak-kanak juga berdepan dengan masalah yang sama. Ramai di antara mereka mula membenci subjek ini, seterusnya berusaha untuk mengelakkan diri daripada membuat sebarang latihan yang melibatkan nombor.

Bagaimana anda tangani permasalahan ini?

Mungkin anda pernah melihat dan mencuba menjawab soalan Matematik yang tular di sosial media.

Hati-hati : Soalan itu mungkin nampak mudah, tetapi jawapan anda tidak semestinya BETUL.

Lihat persoalan ini:

6 ÷ 2 (1+2) = ?

Sekiranya anda menjawabnya dengan jawapan 0, 1, 3, atau 6, anda tidak keseorangan. Ramai pelayar di luar sana turut memberikan jawapan yang sama.

Malah, ada di antaranya mula berdebat, bahawa merekalah yang betul.

Cara terbaik menyelesaikan masalah ini?

Sebenarnya jawapan yang diberikan adalah SALAH. Jawapan sebenarnya adalah 9.

Kenapa 9?

Untuk menyelesaikan soalan di atas, anda perlu ingat akronim: PEMDAS / BODMAS.

Pendekatan ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan apa yang cikgu ajar di sekolah.

Akronim ini merujuk kepada:

Parenthesis / Brackets

Exponents / Orders

Multiplication - Division

Addition - Subtraction

PEMDAS / BODMAS menerangkan tentang langkah-langkah yang perlu anda pecahkan pada soalan tersebut.

Adakalanya ia disebut sebagai ‘"Turutan operasi.’ Ia boleh digunakan untuk semua soalan, bukan hanya untuk contoh ini.

Untuk menyelesaikan soalan ini, anda perlu ikut step di bawah:

Pertama, Anda perlu selesaikan masalah dalam kurungan terlebih dahulu.

Untuk soalan ini, (1+2) adalah 3.

Sementara ‘6 ÷ 2 (3).’

Seterusnya, anda perlu menukar ‘2 (3)’ kepada "2 x 3," sebab "Exponents / Orders" adalah sebahagian daripada PEMBAS / BODMAS yang memerlukan anda mengetepikan kurungan untuk mendapatkan jawapan.

Soalan ini, adalah berkaitan dengan DARAB.

Kemudian, anda perlu menukar ‘pendaraban’ itu kepada akronim.

Untuk soalan ‘6 ÷ 2 x 3,’  anda perlu selesaikan kedua-duanya.

Peraturan utama yang perlu anda ingat: Jika anda ingin selesaikan kedua-duanya, anda perlu menyelesaikannya bermula dari kiri ke kanan.

Bagaimanapun, anda juga perlu terlebih dahulu menyelesaikan ‘6 ÷ 2,’ = 3. Kemudian ‘3 x 3,’ sama dengan 9.

Adakah ada jawapan lain?

Presh Talwalkar, menerusi saluran MindyourDecisions di YouTube, menyediakan video yang menunjukkan langkah-langkah penyelesaian.

Klik Video : https://youtu.be/URcUvFIUIhQ

Menurut Talwalkar, ahli matematik moden akan berpendapat bahawa jawapannya adalah 9, namun ada hujah lain menyatakan jawapan sebenarnya adalah 1.

Pada awal abad ke-20, turutan operasi yang dinyatakan menurut akronim PEMBAS / BODMAS, agak berbeza.

Pendek kata, ahli matematik terdahulu tidak akan membahagikan 6 kepada 2 dan kemudian di darabkan dengan 3, sepertimana yang digariskan pada langkah 3 di atas.

Sebaliknya, mereka akan membahagikan 6 kepada 6, iaitu mendarabkan 2 x 3 iaitu 2 ( 1 + 2 ) = 6 terlebih dahulu.

Kemudian 6 dibahagikan kepada 6 = 1.

Menurut kaedah ini, jawapan yang betul adalah 1.

Mengapa ramai orang tidak dapat menyelesaikan persoalan tersebut?

Sekiranya anda berasa susah, anda akan rasa lega apabila mengetahui orang lain juga melalui kesukaran untuk menyelesaikannya.

Di sekolah kita sering diajar untuk menyelesaikan soalan dengan mudah, namun tidak ramai yang mengingati dan mengaplikasikannya ketika menjawab soalan.

Hakikatnya kita perlu menggunakan kaedah PEMBAS / BODMAS, dalam kehidupan seharian.

Namun apabila berhadapan dengan persoalan Matematik, ‘gunakan ia atau anda gagal’.

Kini, semuanya ada di hujung jari. Google dapat menyelesaikan semua masalah anda. Namun sayangnya ia tidak dapat membantu anda menajamkan skill dan kemahiran menjawab.

Bagaimana anda boleh tingkatkan penguasaan Matematik anda?

Sepertimana kemahiran lain, anda perlu rajin membuat latihan jika ingin mahir dan bijak Matematik.

Malah, internet juga boleh membantu anda membuat pencarian untuk selesaikan masalah.

Contohnya, Math.com menyediakan kertas kerja dan latihan asas menjawab soalan mudah, pertengahan dan level seterusnya.

Setelah anda berjaya menguasai dan memahami teknik menjawab soalan matematik dengan mudah. Anda akan mula meminati subjek ini, dan seterusnya menjadi orang pertama di kalangan rakan-rakan dan keluarga yang boleh membantu mereka menyelesaikan masalah.

Sumber: http://powerfulmind.co/