Ramai yang masih keliru dan nak tahu bagaimanakah cara yang betul menggunakan kalkulator ketika menjawab soalan Matematik SPM. Untuk mengetahui keberkesanan penggunaan kalkulator ketika menjawab soalan subjek Matematik SPM, Guru Cemerlang Matematik, SMA Daril Iktisam (SABK), Cikgu Khairil Haffez Sahidan (Sir K) berikan panduan ringkas untuk diikuti.

Sir K akan kongsikan tip bagaimana untuk menggunakan kalkulator secara berkesan, namun… jangan terlalu bergantung pada kalkulator ya.

Khuatir anda akan hilang dan kurang kefahaman terhadap konsep Matematik dalam pembelajaran.

“Kali ini Sir K akan kongsi cara menggunakan kalkulator dalam setiap soalan kertas 2,” - Sir K

Tip 1

Terdapat 16 soalan dalam kertas 2...daripada 16 soalan tersebut, bukan semua soalan dalam kertas 2 melibatkan penggunaan kalkulator.

Soalan-soalan yang tidak atau kurang melibatkan penggunaan kalkulator adalah seperti berikut:

1. Set atau ketaksamaan

2. Penaakulan Matematik

3. Kebarangkalian

4. Pelan dan Dongakan

Tip 2

Fungsi yang amat penting pada kalkulator adalah fungsi ALPHA dalam menyelesaikan mana-mana soalan yang melibatkan algebra dalam pengiraannya.

Rujuk gambar

1.Dalam topik persamaan linear, apabila pelajar sudah berjaya bentuk satu persamaan algebra yang melibatkan satu pemboleh ubah, maka terus guna ALPHA untuk dapatkan nilai pemboleh ubah tersebut.

Contohnya, 2X + 20 = 64

Bagi pelajar yang lemah, untuk mendapatkan nilai 'X' bukan sesuatu yang mudah. Dengan menggunakan ALPHA, taip  persamaaan tersebut dalam kalkulator dan tekan SHIFT + SOLVE sebanyak dua kali ulang, dan kalkulator akan berikan terus jawapan yang tepat iaitu X = 22. Gunakan langkah yang sama untuk dapatkan nilai 'Y' pula.  Jadi dapatlah 4 markah penuh.

2.Topik kedua ialah topik graf fungsi yang lazimnya pada soalan 12. Untuk soalan tersebut, 3 markah boleh dituai dari penggunaan fungsi ALPHA sahaja iaitu soalan (a) dan soalan c(i).

Contoh persamaan yang diberi ialah y = 2x² + x - 5.

Taip persamaan yang diberi dalam kalkulator dengan fungsi ALPHA, kemudian tekan butang CALC, dan masukkan nilai 'X' yang diberi dalam soalan, dan kemudian tekan butang '='. Kalkulator akan terus bagi jawapan yang diperlukan.

3. Topik-topik lain yang sering melibatkan kemahiran penyelesaian persamaan algebra adalah topik garis lurus, iaitu pelajar perlu mencari nilai pintasan - Y, topik isipadu pepejal geometri apabila perlu mencari nilai bagi tinggi, jejari dan sebagainya bagi sesuatu pepejal, serta topik kecerunan dan luas di bawah graf apabila perlu mencari nilai bagi sesuatu pembolehubah yang dinyatakan dalam soalan.

Secara amnya, fungsi ALPHA sangat membantu dalam mengatasi masalah lemah algebra dalam kalangan pelajar, dan ia menjimatkan masa pengiraan pelajar dalam peperiksaan.

Tip 3

Fungsi yang tidak kurang pentingnya ialah fungsi EQN.

Fungsi ini terbahagi kepada dua jenis iaitu, UNKNOWN dan DEGREE. Untuk menggunakan fungsi ini, pelajar perlu tekan MODE (  rujuk gambar ) sebanyak tiga kali sebelum smpai ke fungsi EQN ni.

1.Topik yang pertama ialah Matriks.

Dalam topik ini, pelajar hanya perlu bina persamaan matriks dan bina matriks songsang sebelum terus masukkan setiap nilai dalam matriks ke dalam EQN, UNKNOWN 2. Setelah masukkan ke semua nilai, kalkulator akan memberi nilai yang tepat bagi kedua-dua pemboleh ubah yang diminta dalam soalan.

Fungsi ini boleh juga digunakan, ketika untuk menyelesaikan topik persamaan linear serentak sebelum ni.

2.Dalam topik persamaan kuadratik

Fungsi EQN, DEGREE 2 , amatlah membantu pelajar. Pelajar hanya perlu bina persamaan bentuk am dan kemudian masukkan semua nilai dalam bentuk am tu ke dalam kalkulator..terus dapat jawapan. Markah penuh!

3. Dalam soalan graf fungsi

EQN, DEGREE 2 atau 3 ni amat membantu pelajar dalam mencari nilai bagi soalan (c)(ii) dan (d). Sekali lagi pelajar hanya perlu masukkan nilai. Kalkulator akan berikan semua jawapan.. Selepas itu pelajar hanya perlu lukis graf berdasarkan jawapan yang anda peroleh daripada kalkulator. Mudahkan…

Tip 4

Adakalanya masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar  lemah dan sederhana ini adalah, menukar nilai jam dan minit ke dalam bentuk jam sahaja atau sebaliknya.

Rujuk gambar

Soalan yang sering terkait dengan masalah ini adalah soalan kecerunan dan luas di bawah graf serta soalan bumi sebagai sfera apabila melibatkan pengiraan masa. Pelajar keliru nak darab atau bahagi 60 untuk tukar minit kepada jam.

Mari, Mr K bantu…

Contoh: Tukarkan 2 jam 24 minit kepada jam.

1.Caranya, tekan 2°24° pada kalkulator.. guna simbol ° pada kalkulator, rujuk gambar ke 7.

2.Kemudian tekan '='

3.Akhir sekali tekan semula simbol °.. kalkulator akan tukar 2jam 24 minit kepada 2.4 jam!! Cepat dan tepat!!

Banyak lagi sebenarnya fungsi kalkulator ni., sekiranya masih lagi keliru boleh jumpa cikgu anda masing-masing  

Pesanan Sir K!

Kebergantungan kepada kalkulator boleh membunuh ‘konsep’ Matematik dalam diri pelajar. Kalkulator hanya berfungsi untuk membantu dan mempercepatkan pengiraan. Semoga berjaya!

#BengkelMatematikSPM

#SiriBengkelSirK

#TipsSirK

#BijakKalkulator

Artikel Menarik:

‘Bayangkan wajah mak ayah, jika kegagalan yang kau cari…’ - Cikgu Razali

Cikgu SK Ulu Lemanak redah laluan balak 150km selamatkan murid dari jerebu teruk di Lubok Antu

10 Persediaan menjelang peperiksaan - Cikgu Razali kongsi rahsia

Sudah bersedia menghadapi SPM? Guru cemerlang ini kongsi rahsia lulus mudah subjek Matematik

Mahu murid menjadi lebih kreatif...ini ada 17 tip untuk guru-guru jadikan panduan