GURU subjek Matematik, Sekolah Kebangsaan Dato’ Demang Hussin Melaka, Hisyamuddin Aris memperkenalkan kaedah alternatif bagi membantu murid Tahun Dua menguasai kemahiran bahagi.

Menurutnya, kaedah yang dinamakan 'Garis Bahagi' itu bertujuan memudahkan kefahaman murid-murid dalam mencari jawapan (berbaki).

"Bila topik bahagi diajar dalam kelas, murid Tahun Dua akan menggunakan bentuk lazim dalam mendapatkan jawapan.

"Ada antara mereka yang boleh menjawab dan ada antaranya berdepan kesukaran apabila menggunakan bentuk lazim.

"Jadi, kaedah 'Garis Bahagi' ini diharap dapat membantu mereka memahami kemahiran asas bahagi," ujarnya kepada GPS Bestari.

Tip menarik:

Cikgu ini kongsi cara hafal sifir 1-12 dalam masa sehari. Murid-murid pasti akan mahir

Mahu skor dalam Fizik dan Kimia? Calon SPM boleh rujuk 18 nota penting ini