Semua sedia maklum, sifir adalah jantung kepada Matematik. Jika sifir tidak dihafal, seumpama menghadap batang kayu yang tidak boleh diukir.

Bunyi macam keras, tapi itu lah hakikat yang perlu diterima. Anak-anak kita akan mula merasa tidak minat pada Matematik kerana soalan-soalan yang dikemukakan tidak mampu dijawab dengan baik.

Kenapa anak atau murid kita tidak mampu menghafal sifir walaupun sudah 6 tahun berada di sekolah rendah?

Jangan terkejut jika saya katakan anak-anak kita yang di sekolah menengah juga masih ramai yang belum menghafal sifir.

Sebab apa perkara seperti ini boleh berlaku?

Guru Cemerlang Matematik, SK Beruas, Manjung, Perak, Cikgu Shahril Othman ada jawapannya…

Anda Perasan tak? Arahan kita pada  murid-murid atau anak-anak terlalu umum.

Kita memaksa atau menyuruh mereka menghafal sifir tapi arahan kita tidak berfokus.

"Azman, hafal sifir!"

Murid / anak akan menghafal semua sifir dan akhirnya satu sifir pun tak dapat hafal. Dia buat sekadar memenuhi kehendak guru dan ibu bapa.

Suka saya cadangkan satu cara untuk murid-murid ini hafal sifir, sekiranya kaedah lain tidak berjaya.

Gunakan cara BERFOKUS.

Bagaimana caranya?

1.Suruh murid hafal satu sifir selama 1 minggu.

Contohnya; hafal sifir 2 selama seminggu. Benarkan murid kita menghafal sambil melihat sifir dan kemudian hafal tanpa melihat. Dalam tempoh seminggu itu, bantulah mereka dengan cara uji tanya sifir yang dihafal secara rawak. Secara tidak langsung murid akan sentiasa bersedia kerana dia tahu guru ataupun ibu bapanya akan sentiasa bertanya. Jangan benarkan dia menghafal sifir lain walaupun hafalannya telah mantap.

2.Selepas seminggu, jika kita berpuas hati dengan hafalannya boleh lah kita suruh mereka hafal sifir yang berikutnya. Jika masih belum menguasai sepenuhnya, tambah lagi seminggu. Biar lambat asalkan dapat!

Saya gunakan kaedah ini kepada anak murid saya di sekolah dan hasilnya sangat memuaskan. Murid tahun 1 pun mampu menghafal sehingga sifir 9 tidak sampai 1 tahun.

Gunakan masa cuti sekolah ini untuk bantu anak-anak kita hafal sifir dan menarik minat mereka pada Matematik.

Artikel lain:

'Tak apa Alia, kalian dan Allah bersama saya..' - Cikgu Fadli disekat jumpa Alia

'Syafiqah, maafkan cikgu. Andai waktu boleh diputar... - Cikgu Koreayati luah kekesalan

Jauhi aura negatif di tempat kerja, guru ini dedah tiga tip yang boleh anda cuba...

Cikgu boleh amal tujuh tip ini untuk jadi guru yang disukai pelajar