Selain belajar bahasa asas seperti bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, golongan pendidik dan juga pelajar perlu juga mempelajari bahasa Arab.

Ini kerana, pelbagai manfaat yang bakal mereka peroleh sekiranya dapat menguasai bahasa Arab dengan mudah.

Mari kita lihat, apakah tujuh sebab kita mesti meluangkan waktu untuk belajar bahasa al-Quran itu.

Ayuh...

1) Bahasa Arab adalah bahasa al-Quran. Ini antara sebab utama kita harus mempelajari bahasa Arab. Keistimewaan bahasa Arab disebutkan dalam Al-Quran lebih daripada sepuluh tempat, di antaranya pada ayat :

‎وَلَقَدْ ضَرَبْنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الْقُرْآنِ مِنْ كُلِّ مَثَلٍ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ . قُرْآنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

“Sesungguhnya telah Kami buatkan bagi manusia dalam Al-Quran ini setiap macam perumpamaan supaya mereka dapat pelajaran. (Ialah) Al-Quran dalam bahasa Arab yang tidak mengandungi keterangan yang terpesong (di dalamnya) supaya mereka bertakwa.”

(QS. Az-Zumar: 27-28)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

‎اللِّسَانُ العَرَبِي شِعَارُ الإِسْلاَمِ وَأَهْلِهِ

“Bahasa Arab adalah syiar Islam dan syiar kaum Muslimin". Disebutkan dalam Iqtidha’ Shirath Al-Mustaqim.

2) Dengan mempelajari bahasa Arab, kita lebih mudah dalam menghafal, memahami, mengajarkan dan mengamalkan isi al-Quran. Dengan modal bahasa Arab akan memudahkan kita dalam memahami hadis Rasulullah, menghafalkan, menjelaskan serta mengamalkannya.

3) Orang yang faham bahasa Arab, terutama faham kaedah-kaedah dalam ilmu nahu sorof akan semakin mudah memahami Islam daripada yang tidak mempelajarinya sama sekali.

Apalagi jika tugas seseorang sebagai penyampai dakwah, menjadi seorang da’i, atau ustaz, tentu lebih penting lagi mempelajarinya agar mudah memberikan pemahaman agama yang benar pada orang ramai.

4) Orang yang faham bahasa Arab akan mudah menggali ilmu dari ulama secara langsung atau membaca berbagai karya ulama yang sudah banyak tersebar hingga saat ini.

5) Bahasa Arab itu bahasa yang lembut dan lebih menyenangkan hati serta mententeramkan jiwa.

Ibnu Katsir saat menjelaskan surat Yusuf ayat kedua menyatakan:

‎لأن لغة العرب أفصح اللغات وأبينها وأوسعها، وأكثرها تأدية للمعاني التي تقوم بالنفوس

“Kerana bahasa Arab adalah bahasa yang paling fasih, paling jelas, paling luas dan paling banyak mengandungi makna yang menenteramkan jiwa.”

6) Bahasa Arab adalah bahasa yang paling mulia.

Ibnu Katsir rahimahullah juga menyatakan:

‎فلهذا أنزلَ أشرف الكتب بأشرف اللغات، على أشرف الرسل، بسفارة أشرف الملائكة، وكان ذلك في أشرف بقاع الأرض، وابتدئ إنزاله في أشرف شهور السنة وهو رمضان، فكمل من كل الوجوه

“Kerana al-Quran adalah kitab yang paling mulia, diturunkan dengan bahasa yang paling mulia, diajarkan pada Rasul yang paling mulia, disampaikan oleh malaikat yang paling mulia, diturunkan di tempat yang paling mulia di muka bumi, diturunkan pula pada bulan yang mulia iaitu bulan Ramadan. Dari berbagai sisi itu, kita boleh menilai bagaimanakah mulianya kitab suci Al-Quran.”

Oleh kerana itu Allah nyatakan tentang bahasa Arab:

‎إِنَّا أَنزلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ

“Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.” (QS. Yusuf: 2)

7) Bahasa Arab adalah bahasa yang lurus, mudah difahami dan mudah digunakan sebagai hukum bagi manusia.

Allah menyatakan sendiri:

 ‎قُرْآَنًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِي عِوَجٍ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ

(Ialah) al-Quran dalam bahasa Arab yang tidak mengandungi keterangan yang terpesong (di dalamnya) supaya mereka bertakwa.” (QS. Az-Zumar: 28)

Dalam ayat lain disebutkan:

‎وَإِنَّهُ لَتَنْزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ (192) نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ (193) عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنْذِرِينَ (194) بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُبِينٍ (195)

“Dan sesungguhnya al-Quran ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam, dia dibawa turun oleh Ar-Ruh Al-Amin (Jibril), ke dalam hatimu (Muhammad) agar kamu menjadi salah seorang di antara orang-orang yang memberi peringatan, dengan bahasa Arab yang jelas.” (QS. Asy-Syu’ara: 192-195).

Sebagaimana disebutkan dalam Zaad Al-Masiir karya Ibnul Jauzi, Al-Qur’an diturunkan dengan bahasa Arab iaitu bahasanya orang Quraisy yang setiap orang mudah memahaminya.

Juga dalam ayat lain disebutkan:

‎وَكَذَلِكَ أَنْزَلْنَاهُ حُكْمًا عَرَبِيًّا

“Dan demikianlah, Kami telah menurunkan al-Quran itu sebagai peraturan (yang benar) dalam bahasa Arab.” (QS. Ar-Ra’du: 37).

Disebutkan dalam Tafsir Al-Jalalain, bahasa Arab digunakan sebagai hukum di tengah-tengah manusia. Dalam Zaad Al-Masiir disebutkan bahawa bahasa Arab boleh digunakan untuk menerangkan hukum-hukum yang wajib.

Bersyukurlah kerana Allah telah gerakkan hati anda untuk mempelajari bahasa yang paling mulia dan dicintai oleh Allah.

Semoga terus istiqamah dan berusaha dalam mempelajari bahasa Arab untuk faham al-Quran. Semoga Allah mudahkan untuk mempelajari bahasa Arab.

Sumber: Blog FATEHTEAM

Artikel menarik

Guna Peta Minda untuk menulis karangan...tip ini memang membantu pelajar!

Persaraan Guru Besar Bonda Bibi Sakinah, ramai pendidik rasa kehilangan