SAMA ADA anda guru atau ibu bapa, anda perlu menjadi seorang yang bersikap serba-serbi tahu.

Jika anda adalah seorang guru, pasti akan menjadi pakar rujuk atau sumber rujukan pelajar mahupun murid.

Begitu juga, jika anda seorang ibu dan bapa, anak-anak pasti tanya, “Apa itu?” “Kenapa boleh jadi macam ni?”

Bila dah bergelar ibu atau bapa, anda perlu jadi seorang yang ‘serba tahu’. Tidak kiralah dari segi hal keibubapaan, cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah, sehinggalah soal pendidikan anak-anak.

Ini kerana, ibu bapa adalah ‘rujukan’ utama anak dalam apa saja yang mereka musykilkan.

Pendek kata, anda perlu ‘bersedia’ menjawab apa jua pertanyaan daripada anak-anak.

Jangan terkejut juga, jika anda menjadi ‘guru’ di rumah. Anak akan tanya apa saja berkaitan pelajaran mereka kepada anda. Nak tak nak kenalah ‘korek’ balik ilmu masa zaman belajar dulu kan?

Jadi, untuk persediaan awal, apa kata anda ketahui tentang satu ilmu matematik yang dikongsikan oleh seorang guru ini.

Justeru, bila anak anda tanya, anda dah tahu macam mana nak ajar mereka.

 

4 LANGKAH MUDAH BELAJAR BUNDAR DENGAN TEKNIK NOMBOR MISKIN KAYA

Cara ini sangat BERKESAN untuk murid tahun 2&3 serta murid tahun 1 yang sederhana dan laju.

 

LANGKAH 1

Kenalkan murid dengan NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA = 5-9

LANGKAH 2

BULATKAN kehendak soalan. Jika soalan minta Bundar kepada PULUH terdekat, BULATKAN nombor PULUH. Jika soalan minta Bundar kepada RATUS terdekat, bulat nombor RATUS.

LANGKAH 3

Buat DUA PILIHAN JAWAPAN

 

Jawapan pertama ialah NOMBOR ITU Sendiri(nombor yang dibulatkan) dan nombor selepasnya WAJIB ditukarkan menjadi ‘0’ (sifar).

Jawapan kedua MESTI LEBIH SATU (nombor yang dibulatkan) dari jawapan pertama dan nombor selepasnya tukar menjadi ‘0’ (sifar).

 

Contoh A :- Bundarkan no 73 kepada puluh terdekat.

Jawapan PERTAMA MESTILAH 70 dan jawapan kedua ialah 80.

 

Contoh B :- Bundarkan nombor 1265 kepada ratus terdekat :-

Jawapan pertama ialah 1200

Jawapan kedua ialah 1300

 

LANGKAH 4

Lihat nombor di SEBELAH KANAN nombor yang dibulatkan.

~ Sekiranya nombor sebelah kanan itu NOMBOR MISKIN, maka jawapannya juga MISKIN.

~ Sekiranya nombor kanan itu NOMBOR KAYA, maka jawapannya mesti KAYA.

 

Selain guna ayat nombor Miskin nombor Kaya, boleh juga guna nombor Kecil nombor Besar.

Berdasarkan pengalaman cikgu ini mengajar selama 15 tahun, kaedah ini paling mudah untuk murid sederhana dan laju faham.

 

Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh