TERDAPAT lima tema dalam mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Sains (Semakan) Tahun Empat yang bakal dipelajari tahun hadapan.

Guru Pakar Sains Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, Pulau Pinang, Cikgu Zazolnizam Zakaria berkata, lima tema itu adalah Sains Hayat; Sains Fizikal; Sains Bahan; Sains Angkasa dan Teknologi dan Kehidupan Lestari.

“Tema berkenaan adalah sama seperti sebelum ini cuma ada beberapa topik baharu atau topik daripada tahun lain dibawa ke Tahun Empat,” katanya kepada GPS Bestari.

Menurutnya, murid Tahun Empat 2020 perlu bersedia daripada sekarang untuk menguasai Tahap Pencapaian (TP) mengikut persekitaran Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) seperti yang dihasratkan oleh KPM.

Tip Menarik:

Tip mudah ingat sifir 2,5,10 dan 11 cara Teacher Shaza

Mak ayah kena buat ini jika mahu anak Tahap Satu cemerlang Matematik tahun hadapan

Anak masih lemah Matematik...cikgu ini kongsi 11 tip mudah mengajar murid Tahun Satu hingga Enam