"DUA istilah sahaja yang diperkenalkan iaitu dekameter (dam) dan desimeter (dm). Yang lain-lain adalah sama," kata cikgu Matematik SK Beruas, Perak, Shahril Othman mengenai tajuk Unit Panjang Sistem Ukuran Metrik murid Tahun Empat.  

Menurutnya, terdapat lima Sistem Ukuran Metrik yang telah diajar oleh murid sebelum ini.

"Iaitu kilometer (km), hektometer (hm), meter (m), sentimeter (cm) dan milimeter (mm).

"Dam dan dm pula adalah sebahagian daripada unit ukuran panjang dalam sistem metrik yang terdapat pada Sistem Unit Antarabangsa (SI).

"Pengenalan kepada unit-unit ini akan memberikan penambahan ilmu kepada anak murid berkaitan ukuran panjang," katanya yang juga guru besar sekolah itu.

Terdahulu, Cikgu Shahril memberitahu kepada GPS Bestari bahawa istilah ukuran baru itu, bukanlah suatu bebanan kepada murid-murid sebaliknya ia sebagai persediaan ilmu yang lebih baik.

Tip Berkaitan:

'Sistem Ukuran Metrik baharu akan diperkenalkan kepada murid Tahun Empat 2020' - Cikgu Shahril

Artikel Menarik:

13 aktiviti menarik sempena hari pertama persekolahan - Cikgu-cikgu boleh cuba ni

Nasihat 'deep' Cikgu Hailmi buat guru baru posting - Hadam baik-baik